Kepercayaan kepada yang ghaib adalah suatu naluri semulajadi kepada semua manusia, tanpa mengira bangsa atau agama. Bahkan untuk membantu ummat manusia mempercayai Nabi mereka Allah swt akan mengurniakan mukjizat kepada setiap RasulNya. (Gambar keris sebenar yang diperolehi daripada bomoh tersebut)
Namun demikian manusia yang ingkar tetap tidak akan beriman kepada Allah sehinggalah mereka dapat melihat sendiri Allah Yang Maha Agong dan pastinya tidak dibenarkan kecuali baginda Muhammad saw.
Oleh yang demikian, bagi manusia biasa, dalam usaha untuk mempengaruhi manusia lain mereka akan berusaha menunjukkan sesuatu yang ganjil dan pelik sebagai membuktikan mereka adalah manusia istimewa yang mana ajaran dan rawatan mereka adalah yang benar dan mujarab.
Pengalaman ini dilihat sendiri oleh penulis ketika mengikuti rakan bagi mendapatkan rawatan daripada seseorang bomoh di Kuala Lumpur. Bomoh ini terkenal sebagai bomoh yang terbesar di malaysia dan mendakwa boleh mengubati semua jenis penyakit terutama rawatan suami isteri dan terkena sihir. Iklannya sentiasa terpampang di muka surat akhbar tabloid.
Semasa temujanji pertama dibuat, bomoh ini telah menunjukkan keahliannya mengesan penyakit rakan penulis dan seterusnya memberikan sesuatu amalan sebelum datang semula menemui beliau.
Dalam pertemuan kedua inilah pelbagai lagi kehandalannya yang dipertontonkan; dalam lipatan surat yasin yang telah ditapakan, terdapat replika kecil bentuk patong budha yang masih terasa panas, yang membuktikan bahawa pesakit terkena isihir. Seterusnya bomoh tersebut menunjukkan beberapa lagi kemampuannya seperti air yang dicurahkan didalam golongan kertas menjadi batu permata dan tali yang dipotong menjadi keris.
Bomoh tersebut memang ahli dalam komunikasi dan psikologi manusia. Dalam keadaan rela atau tidak, oleh kerana pesakit sangat mengharapkan untuk sembuh, maka rawatan minta diteruskan. Keyakinan menjadi lebih kukuh apabila bomoh tersebut tidak meminta sebarang bayaran.
Setelah persetujuan dibuat, bomoh tersebut meneruskan syaratnya. "Awak dikehendaki memanggil 40 orang untuk solat hajat selama 40 malam." saranannya.
"Saya rasa agak sukar untuk mencari 40 orang untuk selama 40 malam itu" keluh rakan penulis.
"Kalau begitu saya ada cadangan sekiranya awak bersetuju; dikampong saya ada kumpulan yang boleh bantu kes awak ni." terang bomoh tersebut. "Tetapi awak fikir sendirilah, saya tak ambil upahnya, cuma awak fikirlah makan minum mereka untuk setiap kali solat hajat. Kalau kita kira RM3.00 seorang untuk semalam, kalilah dengan 40 orang dah jadi RM120.00, maka selama 40 hari kiralah berapa agaknya ye. Kira-kira empat ribu lebih. Tapi tak apa lah, bayar RM2,500.00 pun boleh juga." cadangan bomoh tersebut.
Inilah antara senario dalam masyarakat kita bagaimana proses perawatan ini dilakukan dan bagaimana ianya seolah olah menjadi sebagai satu sumber dalam masyarat manusia. Penyakit rakan penulis tidak juga sembuh.
Mengusai jin ini bukan hanya dilakukan oleh para bomoh, tetapi banyak juga digunakan dalam persilatan, penjualan ubat, pemimpin dan sebagainya.
Firman Allah swt maksudnya:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوّاً شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوراً وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
"Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata kata dusta yang indah indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa-apa yang mereka ada adakan itu. - Surah Al An'am ayat 112."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan