Pengarang

    Dlahirkan di Kg Teluk Sena Lambor Kiri Parit, Perak. Sekolah SMR Dato Abd Rahman Yaacob, di Bota Kanan. Kemudian meneruskan persekolahan di St. Anthony's School, Teluk Anson. Memulakan alam pekerjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

   Pernah dihantar berkursus dalam bidang Laboratory Management and Techniques di Western Australian Institute of Technologist, Perth, Western Australia. Menambahkan pengetahuan dalam agama di Fakulti Islam UKM.

   Minat dalam bidang perawatan tradisional setelah melihat ibu selalu mendapat gangguan makhluk halus. Sekrang tidak lagi mengamalkan sepenuhnya apabila rakan kerjasama telah kembali kerahmatullah.

   Bertugas di UKM lebih 25 tahun, serta mengambil pencen pilihan pada tahun 1997. Semasa di UKM pernah dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN). Setelah itu mula menceburkan diri di syarikat swasta Ingress Engineering Sdn Bhd, dalam bidang pentadbiran.

    Pada tahun 2004 mengambil peperiksaan Sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di NIOSH, Bangi dan dilantik sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di sebuah kilang automotif di Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan.

   Khidmat dalam masyarakat telah berusaha membantu mendirikan sebuah sekolah agama rakyat dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor.

   Kini masih tinggal di Bandar Baru Bangi, bagi meneruskan perjalanan ke alam yang kekal abadi.