Bagaimanapun, sebelum ini berlaku, Allah swt akan memberikan peringatan dan didikan hati secara nyata melalui peristewa diluarjangka, supaya hambaNya sedar akan kesilapan niat dan amalan hati, supaya hati kita benar-benar kembali dan berserah kepada Allah swt.
Antara pengalaman luarbiasa yang sukar dilupakan ialah kejadian semasa berjalan menuju ke Masjid Nabawi. Ketika itu terdapat beberapa orang peminta sedekah dan ada yang kelihatan cacat duduk ditepi jalan sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda mengharapkan sumbangan atau derma.
Hati kecil ini berkata, "Ah, mereka hanya menadah tangan dan bukan meminta, kalau mereka minta aku berilah".
Maka seorangpun tidak dapat habuan sumbangan dari tangan penulis pada hari itu.
Setelah selesai menunaikan solat, penulis melangkah keluar masjid menuju ke hotel tempat penginapan. Sungguh mengejutkan, belumpun melepasi kawasan masjid, meluru kepada penulis seeorang yang kelihatan tergesa-gesa datang meminta wang yang kononnya mengaku beliau tidak cukup wang untuk pergi ke Mekah. Sedetik itu juga teringat akan kata-kata dalam hati sendiri semasa dalam perjalanan menuju ke masjid tadi.
"Kalau mereka minta aku beri lah". Terasa berat atau ringan, mengingatkan apa yang telah diucapkan didalam hati, maka permintaan ini harus ditunaikan.
Jumlah yang diberi kalau dikira mungkin boleh diberi serial atau dua rial kepada mereka yang menunggu di tepi jalan setiap hari berulang alik ke masjid.
Menyedari janji sendiri maka rela atau tidak, wajib ditunaikan sesuai dengan firman Allah yang mafhumnya; "Allah murka kepada hambaNya yang tidak melakukan apa yang dikatakan".
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
(Allah)Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Al Mulk - ayat 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan