Adab Berjiran


Definasi bahagia kepada manusia pelbagai bangsa dan agama adalah subjektif. Bagaimanapun, bagi orang Islam antara nasihat dan pedoman yang telah disampaikan oleh Rasulullah ialah tiga unsur berikut:
  1. Jiran yang baik
  2. Tempat kediaman yang lapang
  3. Kenderaan yang baik
Hubungan dengan jiran adalah seperti perhubungan persaudaraan yang jauh. Kita dikira tidak beriman jika tidak menjaga hubungan kejiranan. Apa yang perlu dijaga ialah lidah dan kerja tangan kita.
  • Tidak mendedahkan keburukan dan kelemahan jiran.
  • Tidak menyusahkan jiran dengan menghalang laluan, gangguan haiwan belaan dan sampah sarap daripada rumah dan tumbuhan.
  • Berlapang dada dan bertolak ansur dalam penggunaan ruang awam dihadapan rumah seperti meletak kenderaan.
  • Tidak menggunakan hak awam sebagai hak milik sendiri, seperti tanah tanah reserve jalan dihadapan rumah dengan menanam pokok sayuran dan buah buahan sehingga menjejaskan kepentingan dan keperluan awam.
  • Merendah dan bermurah hati dengan jiran tetangga dengan memberi hadiah dan sebagainya.
  • Membantu ketika diperlukan seperti semasa mendapat sebarang musibah.
Rumah yang lapang juga boleh membantu memberikan kebahagian kepada manusia. Rumah yang besar tetapi dipenuhi dengan pelbagai peralatan dan perhiasan tidak membawa maksud kepada rumah yang lapang. Bagaimana hendak rasa bahagia apabila perhiasan tersebut takut diganggu oleh kanak kanak. Bagaimana hendak rasa bahagia apabila anak cucu tiada ruang untuk bermain.
Kenderaan yang banyak juga tidak bererti bahagia apabila banyak perbelanjaannya perlu disediakan, dan paling teruk apabila haknya tidak ditunaikan mengikut lunas undang undang dan peraturan. Kadangkala perbelanjaan untuk kenderaan melebihi dari perbelanjaan seorang isteri, dihias dan digilap setiap hari. Apabila tercalar atau terguris memakan hati.

Tiada ulasan: