Cium Hajarul Aswad - Jangan Terpedaya


Penulis akan paparkan sedikit pengalaman teman atau mungkin juga kepada yang lain mengenai cium hajaraul aswad. Hajarul aswad adalah seketul batu hitam yang berasal daripada syurga yang pernah dicuri dan telahpun pecah menjadi lebihkurang 8 biji batu kecil.

Mencium Hajarul aswad adalah sunnah dan sunat dilakukan sebelum memulakan tawaf, sekurang-kurangnya melambaikan tangan. disamping itu banyak juga hikmah dan fadhilat yang diceritakan oleh para ulama melalui hadis Rasulullah saw.

Justeru itu ramai yang berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad ketika diluar waktu tawaf. Teman yang penulis maksudkan tadi cuba juga untuk mendapatkan peluang yang sama. Setelah solat dan berdoa kepada Allah swt, beliau terus berjalan menuju ke penjuru Hajarul Aswad merentasi ribuan manusia yang sedang melakukan tawaf.

Dengan takdir Allah swt. sekonyong konyong datang seorang lelaki mendekati beliau menawarkan bantuan untuk mencium Hajarul Aswad. Tanpa berlengah lagi teman berkenaan terus menerima tawaran itu dan terasa mudah sekali untuk mendekati penjuru Hajarul Aswad dan dengan mudah juga dapat mencium Hajarul Aswad.
Perasaan amat gembira dan ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberi bantuan tadi. Tiba-tiba suasana gembira tadi bertukar sedikit menjadi muram apabila pemuda yang membantu tadi meminta sejumlah wang rial sebagai ganjaran bantuan yang telah diberi.

Sebagai manusia biasa, kita wajib mempercayai pertolongan Allah itu datang dengan pelbagai cara. Dari peristewa ini mungkin ada yang beranggapan teman penulis ini telah tertipu dan bagi yang lain pula mungkin menafsirkan sebagai pertolongan yang datang daripada manusia itu bukan dari kehendak Allah.

Walau apapun dalam menjalani kehidupan seharian, manusia dituntut berusaha dan berdoa kepada Allah swt serta memahami setiap langkah yang kita lalui dilakukan dengan pasti kemudian berserah kepada Allah akan hasilnya. Kaya dan sihat tidak bererti tanda Allah sayang, serta miskin dan sakit tidak bererti Allah benci.

Tiada ulasan: