Sebab Mulut Badan Merana

Sihir merupakan suatu kejadian luarbiasa yang ditafsirkan sebagai ilmu hitam yang melibatkan makhluk halus seperti  jin bagi mendatangkan keburukkan atau kemusnahan kepada seseorang yang dimusuhi. Cara memperolehi atau menguasai ilmu ini pula biasanya  bercanggah dengan ajaran Islam yang suci, seperti menggunakan ayat al Quran secara songsang, penggunaan darah dan bahan-bahan najis serta lain-lain kotoran seumpamanya. (Gambar hiasan-botol mengandungi jin)

Bagaimanapun, apakah ilmu atau amalan yang berasaskan ayat-ayat suci Al Quran ini juga tidak boleh termasuk kedalam peroses sihir sekiranya ia disalahgunakan? Sebagai contoh menggunakan ayat daripada surah Ali Imran ayat 31 yang sering dikaitkan sebagai ayat pengasih atau penunduk;

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Dunia ini adalah sebagai tempat Allah menguji hambaNya. Jalan yang benar disisi Allah, segala niat dan amal seseorang itu perlu selari dan seiring dengan kehendak Islam. Niat yang baik sahaja tetapi caranya tidak betul tetap dikira salah, begitu juga sebaliknya caranya betul tetapi niatnya pula tidak baik adalah juga ditolak. Ramai yang mengaku memiliki ilmu perubatan atau kebatinan berasaskan ajaran Islam, tetapi hasil tindak tanduknya membawa kerosakkan.

Pada tahun 80an dahulu, penulis pernah menyaksikan satu peristiwa yang menyayat hati. Kedua-dua insan ini adalah orang yang baik dan kedua-duanya pula tinggal sekampung. Salah seorang daripadanya adalah imam surau dan yang seorang lagi adalah orang biasa yang memiliki kebolehan merawat orang sakit terutama yang terkena sihir atau mendapat gangguan makhluk halus.

Imam ini pula adalah orang yang tinggi ilmu agamanya, pernah menuntut di pondok Tok Kenali di Kelantan, manakala yang seorang lagi pula menuntut ilmu kebatinan yang berasaskan ayat-ayat suci Al Quran al Karim sehingga boleh menguasi makhluk-makhluk halus yang jahat yang mengganggu manusia.

Namun Allah Maha Berkuasa, dan akan melakukan segala sesuatu apa yang Ia kehendaki. Kedua-dua isan ini mendapat ujian yang besar dalam hidup mereka. Si imam ini telah mengeluarkan kata-kata yang agak kesat, menuduh ilmu yang dipelajari oleh teman penulis ini adalah haram serta syirik kerana tidak pernah diajar oleh Rasulullah saw.

Mendengarkan kata-kata itu teman penulis merasa amat tersinggung.Timbul perasaannya untuk menguji imam ini. Apakah imam ini benar-benar beriman kepada Allah swt. dan tidak bergantung kepada yang lain, selain daripada Allah swt.

Tanpa disedari, rupanya teman penulis telah terjebak dalam melayan perasaan yang menyalahi tindakan yang waras serta bisikkan syaitan yang menggoda. Perasaan ingin menguji iman imam ini sangat melonjak. Beliau telah mengeluarkan jin yang disimpannya didalam botol dipangkal pokok pisang belakang rumahnya, untuk diarahkan mengganggu imam tersebut. Jin ini adalah jin yang telah ditangkap dari seseorang pesakit yang terkena sihir di Melaka.

Pada suatu pagi penulis terdengar berita bahawa imam ini mendapat sakit dan dimasukkan kedalam wad 13 di hospital besar Kuala Lumpur. Rawatan secara moden diusahakan tetapi tidak berjaya sepenuhnya. Akhirnya si imam berusaha juga mencari ubat secara tradisional, mengambil air penawar dan juga kelihatan memakai sesuatu ikatan di lengannya, yang tidak dapat dipastikan tujuannya.

Teman penulis ini telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat besar. Beliau telah menyalahgunakan ilmunya. Akhirnya pada suatu hari beliau sendiri juga telah mendapat musibah atau penyakit yang sukar diubati. Peristiwa ini berlaku selepas sahaja beliau cuba merawat seseorang yang sedang sakit, yang sepatutnya pada kebiasaanya beliau boleh atasi dengan mudah.

Pesanan penulis, bagi anda yang mempunyai ilmu, janganlah sekali-kali mudah terkesan dengan cacian dan hinaan kawan dan lawan, hingga melakukan tindak balas yang salah. Juga bagi anda yang mempunyai ilmu agama yang tinggi janganlah juga mudah menuduh ilmu orang lain salah, sebelum benar-benar mengetahui hakikat ilmu tersebut serta merasa bangga dengan diri sendiri.

Tiada contoh akhlak yang terbaik yang boleh dijadikan tauladan bagi orang Islam selain daripada akhlak Rasululullah saw. Nabi kita bukan hanya pernah mendapat cacian dan maki hamun masyarakat sezaman dengan Baginda, tetapi juga sehingga sekarang masih mendapat tuduhan liar daripada orang-orang bukan Islam, bahkan juga terdapat tanggapan negatif daripada orang-orang Islam sendiri terhadap ajaran yang dibawa oleh Baginda saw.

Apa yang dikesalkan sekarang ini, ramai mereka yang berilmu tinggi terlalu menjaga status hingga takut tampil kehadapan kerana khuatir melakukan kesilapan dan tidak bersedia menerima kritikan dalam masyarakat. Akhirnya terus menyendiri serta tidak mahu bergaul dengan orang biasa, sebaliknya pula ingin menjadi juara dan menghukum dari jauh.

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."     (Surah Az Zumar ayat 49)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Hanya ingin bertanya, botol tu sekedar hiasan atau ada Jin juga didalamnya? Mcm ada bayang 2 ekor ler Tuan?

m ali berkata...

gambar itu bukan dari cerita asal, tetapi dari kumpulan lain yang telah memasukkan jin kedalam botol tersebut.

Tanpa Nama berkata...

salam...
di zaman sekolah dulu sy ada dapat ayat yg dikatakan pengasih tersebut, tp separuh saja.saya ada amalkan namun tidak pasti samada ada kesan pd org yg saya bacakan.namun tidak lama selepas itu, saya diuji dengan penyakit yg pelik.merata tmpt berubat dan ada antara org yg mengubati sy berkata mungkin sy pernah mengamalkan sesuatu ilmu tanpa mempelajarinya dengan mendalam.harap dapat komen dan ada cadangan x di mana sy boleh berubat sbb penyakit ini mengganggu kehidupan saya bertahun-tahun lamanya. Wallahualam

m ali berkata...

Sdr Tanpa Nama,
Kalau tidak keberatan saya boleh tolong tengokkan dahulu InsyaAllah. Cuma beri nama penuh dengan binkan ibu serta alamat rumah. Boleh emailkan kepada saya aliingress@yahoo.com.