Misteri Ketukan Yang Belum Selesai

9hb April 2011 menginap di sebuah resort di Pekan Pahang. Resort ini dibina berhampiran dengan sebuah tasik yang tenang airnya. Tujuan pengembaraan ke Pekan bersama keluarga adalah untuk menyaksikan majlis pernikahan teman sepejabat.

Dua buah bilik disewa bagi menempatkan 3 orang anak yang ikut sama. Selepas mendirikan solat maghrib kami terus bersiap untuk meneruskan perjalanan kerumah pengantin perempuan bagi menyaksikan acara pernikahan.

Suasana diwaktu malam di resort ini tenang kerana tiada apa-apa aktiviti berlaku seperti diwaktu siangnya tadi, ada latihan lumba motor di satu track bersebelahan resort ini. Majlis pernikahan berjalan dengan baik dan lancar. Seperti biasala, walaupun kali pertama pengantin lelaki sudah menkabulkan ijabnya, saksi bertulis masih tidak puas hati dan minta diijabkan sekali lagi.

Setelah selesai menjamu selera, kami sekeluarga terus kembali ke bilik penginapan. Hampir jam 12:00 malam semasa untuk melelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kecil pada pintu kaca bilik ini. Sesekali terdengar bunyi orang berjalan. Saya terus membuka langsir dan menjenguk keluar, tetapi tiada apa-apa yang kelihatan. Melihat kepada suasana sekitar diluar, hati tidak yakin ada orang yang lalu lalang dikawasan belakang bilik penginapan. Hati cuma mengesyaki mungkin dari bunyi di bilik sebelah dimana di tempatkan anak-anak.

Setelah mempastikan keadaan agak selamat saya terus tidur. Keesukan paginya, kami bersiap-siap semula untuk kerumah pengantin sekali lagi untuk menghadiri majlis kenduri pula. Anak-anak tidak menunjukkan ada apa-apa yang berlaku dan mereka tidur seperti biasa.

Saya bertanya kepada anak-anak, "ada tak dengar bunyi orang mengetuk pintu?" mereka menjawab ada, tetapi mengesyaki bunyi ketukkan itu adalah bunyi ketukkan gurauan daripada ibu bapa mereka. Apabila saya mengatakan saya juga mendengar bunyi yang sama barulah timbul tandatanya darimanakah datangnya bunyi ketukan yang didengar semalam.

Semasa di rumah pengantin, saya sempat berbual dengan salah seorang rakan yang juga tinggal di resort yang sama. Mereka juga ada mendengar bunyi yang sama walaupun bilik mereka di tingkat 2. Lebih menyeramkan lagi baju salah seorang daripada mereka telah koyak disatu tempat seperti gigitan tikus, walaupun kain baju itu masih kukuh. Baju tersebut telah ditinggalkan di resort berkenaan.

Sebelum meninggalkan resort ini saya cuba memandangkan ke tasik ini kalau ada apa-apa yang boleh dilihat. Keadaan tasik ini memang tenang dan tiada tanda-tanda ia digunakan untuk apa-apa aktiviti. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyebabkan airnya bergelombang kecil.


Tiba-tiba mata saya terpandang kepada satu keadaan yang menakjubkan dimana gelombang kecil itu tidak sampai ke tebing berhampiran dengan bangunan tempat kami menginap. Tanpa menyiasat lebih lanjut, saya hanya membiarkan keadaan itu berlaku dan sempat merakamkannya melalui kamera handphone seperti terdapat dalam gambar di bawah. Misteri ketukan ini masih belum terurai lagi.


4 ulasan:

Othman berkata...

Salam,ini adalah perkara biasa, mungkin gurauan dari cicak atau makhluk halus,kami pernah mengalami lebih hebat lagi dimana lebih kurang pukul 10.00 malam beberapa tahun dahalu guni gula plastik ditarik keliling rumah. Guni itu digunakan untuk menutup motor, kami biarkan saja,tetapi bila dilihat diwaktu pagi ,guni itu langsung tak diusik.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sudah lama tidak menulis?

m ali berkata...

Tuan Tanpa Nama, saya aktif menulis dalam FB sekarang. Ada beberapa kisah masih terukir dalam fikiran.

شركة المثالية berkata...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر