Mereka yang terselamat daripada gejala hasad dengki ini ialah mereka yang mempunyai iman yang sejati kepada Allah swt. Insan yang sedang diserang oleh penyakit hasad dengki ini tidak akan senang dengan kelebihan yang dimiliki oleh mangsanya.
Seorang peniaga akan berasa sakit hati apabila barang jualannya tidak laku sedangkan pesaingnya maju. Seorang wakil rakyat tidak akan senang melihat pengaruhnya telah beralih kepada orang lain. Apabila kaedah biasa tidak dapat memuaskan kehendak nafsu mereka maka beralihlah mereka kepada menggunakan khidmat dukun dan bomoh.
Antara pengalaman yang pernah penulis hadapi ialah seorang wakil rakyat (melaui orang perantaraan) yang meminta teman penulis untuk "membunuh" seorang hakim yang sedang membicarakan kes tanahnya di Kuala Lumpur. Ini berlaku sekitar tahun 80an dahulu. Sekiranya wakil rakyat tersebut mengikuti jalan yang benar pasti bersedia menghadapi pengadilan.
Di Bangi, pada tahun 90an, seorang peniaga kecil menjual air minuman, hilang pendapatanya sehingga 75%. Jualan biasa yang diperolehinya sebanyak RM200 tetapi tiba-tiba hanya mampu meraih RM50 sahaja sehari. Percaturan politik pada hari ini juga banyak menunjukkan berlakunya unsur perasaan hasad dengki yang menguasi jiwa orang Melayu. Ini terbukti apabila usaha sentiasa dibuat dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan wakil rakyat Melayu oleh orang Melayu sedangkan wakil rakyat itu cuba untuk melakukan sesuatu kebaikan berasaskan Islam.
Pada zahirnya memang tidak ada apa-apa tanda yang kerja-kerja sihir ini sedang berjalan. Orang yang tidak arif akan mengatakan tiada strateji, pengotor dan sebagainya. Namun pada suatu hari, penulis dapati dia tidak sedarkan diri dan sedang dikuasi oleh sesuatu. Apabila ditanya terus memberikan pengakuan yang tuan rumah ini sedang disihir oleh seseorang yang disebutkan namanya.
Orang yang melakukan sihir ini tidak akan puas selagi orang yang disihirnya itu tidak kecundang. Pelbagai kaedah dan usaha jahatnya diteruskan. Pernah perempuan yang disihir ini merasa sakit gigi dan apabila berjumpa doktor tiada apa-apa tanda yang menunjukkan beliau sakit.
Kenapakah sihir dikira sebagai dosa besar? Pengamal sihir biasanya menggunakan perantaraan jin dan syaitan. Apabila sihir ini berlaku, dua makhluk yang menjadi mangsa. Pertama orang yang disihir dan kedua ialah makhluk jin tersebut. Makhluk jin ini akan tersiksa apabila ia bertemu dengan dukun atau bomoh yang menggunakan kaedah siksaan. Kalau ia kembali kepada tuannya, ia juga akan tersiksa kerana ingkar perintah. Orang yang terkena sihir juga bukan hanya sakit tetapi akan berkurang hartabendanya dan lebih dahsyat lagi boleh membawa maut. Oleh itu jauhilah daripada melakukan dosa dan maksiat sihir ini.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
dari kejahatan makhluk-Nya,
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul1610,
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki".
4 ulasan:
Salam. Satu ulasan yg bagus dari tuan. Pada pandngn saya pula amalan sihir ini bkn shj membinasakan manusia tetapi juga membawa kpd syirik. Ini kerana jin yg 'diperintah' utk melakukan perbuatan itu pada luarannya shj seolah-olah patuh trhadap perintah manusia namun pada hakikatnya akan menuntut sipengamal dgn pelbagai syarat yg nyata kesyirikannya. Yg paling buruknya ialah sipelaku dan sipengamal sihir telah meletakkan PERGANTUNGAN kpd selain dari Allah.
Salam Subang, terima kasih atas maklumat tambahan yg sangat baik sebagai panduan kita semua.
Sama-sama. Kita sama2 belajar. Bila tuan nak ceritakan cara perubatan tuan dlm menentang jin yg merasuk pesakit ni? Tentu ramai yg nak tau.
Salam subang, tiada kaedah yg khusus, bergantung kepada kes. Saya ni takde tauliah nak mengajar. Sekarang ni dah tak aktif. Kawan yg sama berkecimpung dalam bidang ni dulu dah meninggal dunia. Lagipun di Bangi ni dah ada kumpulan Darussyifa'. Kalau sekadar minta air penawar tu InsyaAllah masih saya beri kalau diminta.
Catat Ulasan