Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Al Quran. Papar semua catatan

Pendamping Dilempar Bintang

Awas! sekiranya anak anda kelihatan baik, bijak dan pandai mengubat. Sewaktu kecil dahulu penulis pernah diberitahu oleh orang tua, mengatakan bahawa 'orang bunian' suka kepada manusia yang baik, jujur dan berkulit hitam manis. (gambar hiasan)

Ungkapan ini terlekat difikiran tetapi tidak tersemat dihati. Nak diterima tiada bukti, nak ditolak pula pernah didengari. Kisah berikut ini akan memaparkan dua peristewa yang menggambarkan adanya usaha penguasaan makhluk halus untuk menguasi manusia.

Lebihkurang 10 tahun yang lalu, di Sg Ramal terdengar cerita mengatakan bahawa seorang kanak-kanak sekolah rendah yang malas belajar tetapi mudah lulus dalam peperiksaan. Dia menyatakan bahawa dia didampingi oleh seorang lelaki yang berjubah putih persis seorang yang 'alim serta menawarkan dirinya untuk menemani dan membantunya ketika dalam kesusahan.

Bagaimanapun ibubapanya sedar bahawa ini adalah sesuatu yang luarbiasa dan perlu diatasi segera. Beberapa kali anak tersebut dibawa pergi berubat dan bertemu dengan orang yang bijak pandai. Akhirnya masaalah kanak-kanak ini dapat juga diatasi apabila bertemu dengan seorang ustaz yang tinggal di Teras Jernang, yang dapat mengesan bahawa kanak-kanak ini didampingi oleh Jin Kafir (Kristian) tetapi menjelmakan dirinya kepada kanak-kanak tersebut seperti pakaian seorang 'alim yang beragama Islam.

Satu lagi kisah yang agak berbeza sedikit jalan ceritanya, berlaku kepada anak penulis sendiri, lebihkurang 7 tahun yang lalu.  Anak ini sering mengadu sakit kepala. Seperti biasa, apabila keplanya rasa sakit, dibawalah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan ubat.

Mukjizat Didalam Api

Mempertahankan kalimah Allah ( اللّهُ ) daripada disalahgunakan atau boleh mendatangkan kekeliruan kepada ummat Islam adalah sesuatu yang murni, tetapi mempertahankan dan mempraktikkan suruhan Allah itu sendiri adalah sesuatu yang lebih dituntuti.

Oleh itu, sebagai insan yang beragama Islam, harus benar-benar memahami konsep atau perinsip yang diperjuangkan. Harus dapat membezakan antara tindakan menghalang manusia bertuhankan Allah (Rubbubiah) atau menghalang manusia daripada menyalahgunakan kalimah Allah.

Kitab suci AlQuran dimana didalamnya ada mengandungi kalimah Allah ( اللّهُ ) adalah merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya Muhammad saw adalah juga salah satu daripada enam rukun Iman yang wajib diyakini dan diamalkan isi kandungannya.

Sensitiviti bangsa Melayu adalah tinggi dalam hal yang berkaitan dengan agamanya. Dahulunya orang Melayu sanggup mati mempertahankan perempuan Islam (Natrah) daripada dihina dan dicaci. Akan bertindakbalas sekiranya masjid dicerobohi.

Doktor Saksikan Kehebatan Surah Yaa Siin.

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan  syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan  kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.
(Gambar hiasan).
Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.

Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.