Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Menarik Di Tanah Suci. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Menarik Di Tanah Suci. Papar semua catatan

Beriman Tetapi Dipandang Hina

Adalah menjadi lumrah kehidupan manusia yang berpangkat disanjung dan yang miskin diketepikan. tetapi bagi Islam yang miskin, kaya atau berpangkat sekiranya ia bertakwa dan menjadi pejuang agama Allah akan disanjung oleh para malaikat dan juga sekalian makhluk Allah.

Semua manusia juga yakin bahawa Allah yang berkuasa di atas setiap sesuatu dan setiap kali selepas solat memohon keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

Semasa kita memasang pelbagai bentuk dan ciri keselamatan bagi rumah dan harta kita, apakah itu dilakukan sebagai ikhtiar atau kerana kurangnya keyakinan kita kepada pemeliharaan daripada Allah swt.? Ini semua hanya boleh dijawab oleh iman dan hati kita sendiri.

Pada satu hari, semasa melakukan ibadat tawaf sunat, kira-kira dalam pusingan ketiga, hampir dengan Hijr Ismail, penulis terpandang seseorang dihadapan yang juga sedang tawaf tetapi kelihatannya bergerak agak perlahan  dan mungkin kerana cacat anggota kakinya.

Allah Mengatasi Doa dan Fatwa

Pengalaman menunaikan Haji pada Tahun 1429 Hijriah amat menarik. Walaupun pengesahan untuk menunaikan haji belum diterima, segala persiapan berjalan seperti biasa. Surat resmi yang diterima daripada Lembaga Tabung Haji (LUTH) Malaysia hanyalah menyatakan permohonan diterima sebagai senarai menunggu.

Tujuh belas siri kursus anjuran LUTH dikuti sepenuhnya. Disamping itu penulis juga mengikuti kursus anjuran syarikat swasta sebanyak 16 siri dengan bayaran hanya RM50.00. Semua ini dilakukan dengan harapan supaya dapat menjalankan kerja-kerja haji dengan baik dan sempurna.

Semua peraturan dan program LUTH diikuti dan persiapan dibuat dengan rapi. Setelah wang dalam Tabong Haji dipotong, paspot diberi, serta jadual penerbangan diperolehi barulah penulis agak yakin sedikit peluang menunaikan haji pada tahun itu menjadi kenyataan. Menariknya, surat tawaran resmi hanya diterima melalui posmen pada hari hendak bertolak ke Kelana Jaya.

Lucu Tapi Penuh Pengajaran


Adakah semua perkara yang difikirkan baik oleh manusia, baik juga disisi Allah swt? Pengalaman ini telah pernah dilalui oleh penulis di Tanah Suci Mekah.

Pada suatu malam, setelah selesai menunaikan solat Isyak dan makan malam, penulis teringat akan anak di kampong untuk bertanya khabar. Tiada lah perkara penting yang ingin ditanyakan, cuma terlihat jam ditangan menunjukkan waktu masih awal lagi, penulis mencapai telefon dan terus mendail nombor anak yang paling tua.

Setelah panggilan dijawab, penulis agak terkejut, kenapa anak yang begitu ramah suaranya tiba-tiba berubah. Dia menjawab dengan nada yang perlahan dan terputus-putus suaranya. Seolah olah penulis tidak mendapat layanan yang sepatutnya.

Timbul persoalan yang bukan-bukan. Setelah perbualan berlalu kira-kira seminit, penulis mendapat teguran daripada isteri. Rupa-rupanya isteri memerhatikan perbualan penulis dengan anak.

Tahun 1999 Kaabah di Serang Tentera Berkuda?


Allah swt memberi jaminan bahawa sesiapa yang berada di Masjidil Haram akan berasa aman dan tenteram. Namun apakah ini benar-benar berlaku? atau Allah tetap akan menguji iman hambaNya supaya tiada ketakutan kecuali kepada Allah sahaja?

Pada tahun 1999 yang lalu berlaku satu peristiwa yang diluarjangka yang menyebabkan para jemaah ada yang bertempiaran lari.

Ketika itu penulis bersolat di tingkat satu Masjidil Haram. Selepas selesai mendidirikan solat zohor berjemaah, sambil duduk menunggu membuat amalan sunat yang lain, penulis terdengar bunyi bising seolah-olah bunyi motor chiller untuk sistem pendingin hawa yang agak kuat. Penulis cuba mencari dari mana bunyi itu datang. penulis meneruskan pencarian di tingkat bawah.

Para jemaah masih ramai mendirikan solat-solat sunat dan ada yang sedang duduk membaca alquran dan sebagainya. Sekali sekala bunyi itu reda dan ada kalanya bertambah kuat. Lama kelamaan bunyi itu semakin kuat. Alangkah mengejutkan, bunyi yang kuat tadi telah menyebabkan para jemaah cuba lari dan bergerak menuju kehadapan.

Harta Yang Lari

Setengah orang berkata, apabila sampai ke Tanah Suci, lupa kepada kampong halaman dan anak-anak yang ditinggalkan. Hati hanya khusuk beribadat dan akan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti seharian sahaja.

Bagi penulis pula, perkara ini tak dapat dilakukan. Pada masa-masa lapang teringat juga kepada anak-anak yang ditinggalkan. Sesekali mengangkat telefon untuk mendengar suara mereka. Kadangkala ada juga mereka yang membuat panggilan.

Pada suatu hari, iaitu selepas solat zohor, penulis ambil kesempatan untuk makan tengahari bersama isteri. Setelah selesai, dan sambil merehatkan badan, penulis cuba menghubungi anak di kampong.
"Assalaamualaikum, apa khabar? semua adik-adik sihat"

Terus disampuk oleh anak perempuan, "Kenapa ayah lama tak telefon?"

"Eh, mana ada, ayah ada telefon dua hari lepas". Jawapan diberikan untuk menyedapkan hati anak. Perbualan diteruskan seperti biasa.

Layakkah Tok Guru Memerintah


Pengalaman seterusnya ialah peristiwa bersama rakan sebilik di Kota Mekah, setelah bermulanya ibadat haji. Pada masa itu usia teman ni hampir mencecah 70 tahun. Semasa berada di Madinah, beliau selalu keluar ke masjid sambil dipimpin oleh rakan yang lain. Kesihatanya memang agak kurang memuaskan. Di Mekah pula beliau sering demam dan badannya sering terasa agak sejuk.

Beliau ini agak alim juga orangnya dalam bidang agama, dan katanya adalah juga mengajar di masjid-masjid di kampongnya. Teman-teman yang lain memanggil beliau sebagai ustaz.

Memandangkan beliau sentiasa kurang sihat, beliau jarang turun ke Masjidil Haram.


Setelah pulang daripada Mina, semua jemaah yang mengambil Haji Tamattu' bersedia pula seterusnya untuk melakukan tawaf rukun. Ada yang melakukannya pada hari yang sama dan ada pula yang menangguhkannya pada hari kedua atau ketiga mengikut keselesaan masing-masing.

Ganjaran Diluarjangka



Setelah selesai pemeriksaan bagasi dan paspot di Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke tanah air, penulis bersama kumpulan jemaah dalam satu maktab beransur keluar dari bilik menunggu untuk naik kapalterbang Arab Saudi Airline (ASA).

Waktu menunggu terasa agak lama. Bagaimana pun mengenangkan kerja haji telah selesai dan hati gembira hendak bertemu kembali dengan anak-anak, masa yang panjang itu tidaklah begitu terasa atau meresahkan.

Setelah penat duduk, angkat punggung dan kaki dilangkah mengintai-intai kalau-kalau ada apa yang berlaku. Beberapa minit kemudian terdengar seperti ada arahan untuk menaiki kapalterbang. Mulailah kumpulan jemaah yang tadinya berselerak mulai membuat barisan untuk masuk ke kapalterbang.

Penulis agak terkebelakang kerana membawa ibu yang agak sudah tua dan agak kurang sihat (masih hidup). Tidak semena mena, lebihkurang lapan orang termasuk penulis ditahan dari menaiki kapal terbang. Penulis mulai menjengah ke satu penjuru dimana terdapat sekumpulan pegawai Tabong Haji dan kakitangan ASA sedang bertikam lidah mengenai hak kerusi yang kosong kerana kematian pemilik tiketnya.

Cium Hajarul Aswad - Jangan Terpedaya


Penulis akan paparkan sedikit pengalaman teman atau mungkin juga kepada yang lain mengenai cium hajaraul aswad. Hajarul aswad adalah seketul batu hitam yang berasal daripada syurga yang pernah dicuri dan telahpun pecah menjadi lebihkurang 8 biji batu kecil.

Mencium Hajarul aswad adalah sunnah dan sunat dilakukan sebelum memulakan tawaf, sekurang-kurangnya melambaikan tangan. disamping itu banyak juga hikmah dan fadhilat yang diceritakan oleh para ulama melalui hadis Rasulullah saw.

Justeru itu ramai yang berebut-rebut untuk mencium Hajarul Aswad ketika diluar waktu tawaf. Teman yang penulis maksudkan tadi cuba juga untuk mendapatkan peluang yang sama. Setelah solat dan berdoa kepada Allah swt, beliau terus berjalan menuju ke penjuru Hajarul Aswad merentasi ribuan manusia yang sedang melakukan tawaf.

Mimpi Nyata Di Jabal Rahmah


Ketika bertafakkur menghadap ke Baitullah, tergerak hati untuk berdoa sesuatu yang tak sepatutnya diminta. Namun kerana yakin akan pengajaran para alim ulamak yang mengatakan Allah akan memakbulkan segala doa dan mengampunkan segala dosa, maka tergerak juga hati untuk meminta petunjuk daripada Allah swt.

"Ya Allah tunjukkan lah kepadaku samaada dosaku telah Engkau ampunkan atau berapa banyakah lagi dosa-dosaku dan berilah petunjuk kepadaku ke jalan yang Engkau redhoi".

Setelah selesai melakukan ibadat di Masjidil Haram, penulis melangkah keluar masjid menuju ke hotel penginapan. Sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang berlaku. Hati mula rasa risau mengenangkan doa yang dipinta dari Allah. Malamnya, selepas menunaikan solat Isya penulis terus memejamkan mata.

Buatlah Apa (yang baik) Yang Kamu Niatkan

Pengalaman-pengalaman menunaikan fardhu haji dan umrah yang lalu, dapat disimpulkan bahawa di Tanah Suci, Allah swt memberi peluang kepada hambaNya, untuk pengampunan dosa dan juga memberikan ganjaran pahala yang besar.

Bagaimanapun, sebelum ini berlaku, Allah swt akan memberikan peringatan dan didikan hati secara nyata melalui peristewa diluarjangka, supaya hambaNya sedar akan kesilapan niat dan amalan hati, supaya hati kita benar-benar kembali dan berserah kepada Allah swt.

Antara pengalaman luarbiasa yang sukar dilupakan ialah kejadian semasa berjalan menuju ke Masjid Nabawi. Ketika itu terdapat beberapa orang peminta sedekah dan ada yang kelihatan cacat duduk ditepi jalan sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda mengharapkan sumbangan atau derma.

Hati kecil ini berkata, "Ah, mereka hanya menadah tangan dan bukan meminta, kalau mereka minta aku berilah".

Maka seorangpun tidak dapat habuan sumbangan dari tangan penulis pada hari itu.

Setelah selesai menunaikan solat, penulis melangkah keluar masjid menuju ke hotel tempat penginapan. Sungguh mengejutkan, belumpun melepasi kawasan masjid, meluru kepada penulis seeorang yang kelihatan tergesa-gesa datang meminta wang yang kononnya mengaku beliau tidak cukup wang untuk pergi ke Mekah. Sedetik itu juga teringat akan kata-kata dalam hati sendiri semasa dalam perjalanan menuju ke masjid tadi.

"Kalau mereka minta aku beri lah". Terasa berat atau ringan, mengingatkan apa yang telah diucapkan didalam hati, maka permintaan ini harus ditunaikan.
Jumlah yang diberi kalau dikira mungkin boleh diberi serial atau dua rial kepada mereka yang menunggu di tepi jalan setiap hari berulang alik ke masjid.

Menyedari janji sendiri maka rela atau tidak, wajib ditunaikan sesuai dengan firman Allah yang mafhumnya; "Allah murka kepada hambaNya yang tidak melakukan apa yang dikatakan".

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
(Allah)Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah Al Mulk - ayat 2)