Memaparkan pelbagai kisah dan cerita yang menarik. Pengalaman hidup seharian, Pengalaman di Tanah Suci Mekah, Rawatan sihir, gangguan makhluk halus dan juga pelbagai kisah keajaiban ayat-ayat suci Al Quranul Karim. Sebahagian besar kisah-kisah ini belum pernah disiarkan dalam mana-mana media cetak atau elektronik.
Cahaya Lampu atau Cahaya Rasul
Persoalan Nur Muhammad sentiasa menjadi perbincangan ilmiah samada oleh golongan tarikat, sufi, pengamal kebatinan dan juga orang awam. Masing-masing memahaminya dari persepsi dan sumber rujukan masing-masing. Ada yang percaya dan merasakan ilmu pengetahuan mengenai Nur Muhammad ini telah memberi manfaat kepada pengikut masing-masing.
Yang pastinya kelahiran Nabi Muhammad saw telah memberi cahaya kepada makhluk seluruh alam, terutama golongan manusia dan jin. Cahaya terbesar yang telah dipancarkan ialah cahaya iman melalui cahaya al Quranul Karim.
Ramai manusia mencari dan merasakan diri istemewa apabila telah memahami dan mengenali Nur Muhammad atau mengenali Rasulullah saw itu sendiri. Mengenali Rasulullah itu penting tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita hendak menjadikan diri kita dikenali oleh Rasulullah saw sebagai umatnya di akhirat kelak.
Pastinya yang utama ialah kita diterima oleh Rasulullah saw sebagai umatnya yang lebih penting. Kaedah utama untuk dikenali sebagai umat Nabi tentunya menjadi muslim yang sejati, bukan muslim munafik, bukan muslim fasik dan bukan muslim 'asi. Selain dari itu antara yang disebutkan didalam hadis ialah kesan basuhan wuduk pada anggota kita akan bercahaya, dan menjadi salah satu tanda bagi Rasulullah mengenali kita. untuk mendapatkan ini pastinya kita tidak boleh meninggalkan solat. Sebaliknya ada orang yang mengaku telah mengenali diri dan mengenali Nabi menggunapakai konsep sembahyang memadai dengan niat sahaja. Oleh itu hindari diri kita dari melakukan sifat-sifat yang menyebabkan Rasulullah tidak mengaku kita sebagai ummatnya.
Merujuk kembali kepada persoalan video diatas, ia menunjukkan cahaya lampu Masjidil Haram menyerlah atau meningkat cahayanya apabila muazzin menyebut Muhammadarrasulullah semasa mengumandangkan azan. Video ini disebarkan melalui emel. Allah jua yang Maha Mengetahu hakikat sebenarnya video tersebut. Apapun kita sebagai ummat Islam hendaklah percaya bahawa Nabi Muhammad telah melimpahkan Nurnya, tetapi umat Islam sendiri membantu orang-orang kafir cuba menutupnya dengan mengembangbiakkan budaya budaya yang merosakkan jiwa umat Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan