Seorang ayah yang berada pula ada yang sanggup berusaha menyediakan rumah dan kenderaan kepada anak masing-masing sebelum mereka menjalani kehidupan sendiri. Semua ini berlaku dengan harapan anak-anak mereka akan menjadi seorang yang berpangkat dan berkuasa serta memiliki harta yang kononnya akan membawa kebahagiaan di dunia ini.
Bagi mempastikan ini terjadi, pelajaran anak-anak akan diambil berat. Sehingga sewaktu anak-anak akan mengambil peperiksaan mereka akan mengambil cuti bagi memberi sokongan moral.
Tapi apakah semua ini benar-benar menjamin kebahagian kehidupan keluarga ini? Yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup memberhentikan anak-anak mereka daripada belajar di Sekolah Agama apabila sampai waktu peperiksaan UPSR contohnya. Apabila anak dapat keputusan peperiksaan yang kuarang baik dimarahi, tetapi anak-anaknya tidak bersolat tidak dimarahi. Sedangkan, Rasulullah saw telah memberikan garis panduannya supaya mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Dalam hal ini penulis pernah bertemu dengan seorang teman yang berasa amat gembira apabila anak-anaknya semua dapat masuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Setiap hari berdoa semoga anak-anaknya berjaya dan dapat pekerjaan yang baik dan tetap. Akhirnya apa yang beliau harapkan menjadi kenyataan.
Walaupun bukan berjawatan tinggi tetapi semuanya mempunyai pekerjaan yang tetap. Ditakdirkan Allah, selepas beliau pencen beliau telah mendapat sakit diserang angin ahmar, sehingga tidak boleh berjalan. Pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi tidak juga sembuh dan akhirnya terlantar di rumah.
Hidup terlantar dan sentiasa mengharapkan bantuan anak isteri untuk menguruskan dirinya. Sehari, seminggu, sebulan, anak isteri sentiasa ada disisi. Lama kelamaan anak-anak telah jarang datang menjenguk dan kesunyian amat terasa. Masing-masing memberi alasan tiada cuti, tak boleh cuti, ada mesyuarat, anak sakit dan pelbagai lagi alasan yang diberi. Isteri pula semakin penat dengan kerenah suami.
Mengenangkan hal demikian barulah beliau terasa bahawa kebahagian itu bukanlah melihat anak itu berjaya dapat masuk universiti akan tetapi yang paling bahagia ketika itu adalah apabila anak-anaknya ada disisi dan mengambil berat hal orang tuanya.
Tanda tidak bahagianya teman ini ialah apabila terkeluar dari mulutnya, "Kalau abang sembuh nanti, abang akan kawin lagi dengan perempuan lain". Selain dari itu penulis melihat kesan daun pintu yang pecah seperti akibat kesan tumbukan.
Dengan ini penulis menyarankan supaya dalam mendidik anak-anak, disamping memberikan ilmu pengetahuan yang tinggi jangan abaikan pendidikan akhlak, kerana sesungguhnya antara tujuan Rasulullah itu di utuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak. Semasa kecil hendaklah diberi pendidikan agama secukupnya.
Dari penglaman hidup yang dapat penulis saksikan kebanyakkan ibubapa akan merasa bahagia apabila seseorang anak itu dapat melayan kehendak orang tuanya apabila diperlukan terutama semasa sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan