Adakah semua perkara yang difikirkan baik oleh manusia, baik juga disisi Allah swt? Pengalaman ini telah pernah dilalui oleh penulis di Tanah Suci Mekah.
Pada suatu malam, setelah selesai menunaikan solat Isyak dan makan malam, penulis teringat akan anak di kampong untuk bertanya khabar. Tiada lah perkara penting yang ingin ditanyakan, cuma terlihat jam ditangan menunjukkan waktu masih awal lagi, penulis mencapai telefon dan terus mendail nombor anak yang paling tua.
Setelah panggilan dijawab, penulis agak terkejut, kenapa anak yang begitu ramah suaranya tiba-tiba berubah. Dia menjawab dengan nada yang perlahan dan terputus-putus suaranya. Seolah olah penulis tidak mendapat layanan yang sepatutnya.
Timbul persoalan yang bukan-bukan. Setelah perbualan berlalu kira-kira seminit, penulis mendapat teguran daripada isteri. Rupa-rupanya isteri memerhatikan perbualan penulis dengan anak.
Baru penulis sedar bahawa waktu di malaysia ketika itu adalah kira-kira jam 2.00 pagi, waktu dimana anak tadi sedang nyenyak tidur. Penulis terus memberhentikan perbualan dan memohon maaf kerana tidak menyedari dan mengambil kira waktu di malaysia.
Malam itu penulis tidur agak awal sedikit. Seperti biasa, telefon sentiasa diletak dekat dengan tempat tidur.
Beberapa jam kemudian, telefon penulis berbunyi. panggilan diterima daripada kawan ditempat kerja. Penulis merasa hairan kenapa beliau menelifon penulis pada waktu dini hari. Mahu tidak mahu penulis layan juga pertanyaannya, tetapi dalam keadaan yang tidak begitu bersemangat untuk bercakap. Jam ditangan menunjukkan kira-kira 1:30 pagi. Rupanya beliau juga tidak menyangka untuk menghubungi penulis pada waktu sedemikian. Beliau meminta maaf dan menyatakan beliau terpaksa menghubungi penulis untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan kerja.
MasyaAllah, fikiran penulis teringat kembali peristiwa menelifon anak diwaktu anak sedang tidur. Pada malam yang sama juga penulis merasai apa yang dirasai oleh anak tadi.
Begitulah dalam kehidupan seharian kita. Tidak semua yang kita rasa berbuat sesuatu kebaikan itu berguna kepada orang lain.
Sumbangan dan berderma adalah baik, tetapi dia menjadi beban apabila menghadiahkan sesuatu yang sudah kurang baik atau sesuai fungsinya seperti barang-barang terpakai kesurau, baju terpakai yang tidak ada saiznya kepada rumah anak yatim atau memberikan kuih muih kepada orang yang sudah kenyang. Begitu juga memberi nasihat kepada kumpulan manusia yang memang sudah faham akan isu yang disampaikan. Pepatah melayu ibarat mencurahkan air didaun keladi.
Oleh itu sebelum berazam hendak melakukan sesuatu kebaikkan itu, fikirkan lah sesuatu yang benar-benar memberi manfaat. Semoga memberi kebaikkan kepada kita dan orang lain di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan