Jemaah Yang Diserang Jin dan Kerajaan


Akhir tahun 70hn, gempar dengan kemunculan satu jemaah yang dikenali sebagai jemaah Al Arqam bergerak untuk memajukan sebuah perkampungan Islam di Sg. Pencala. Mereka percaya bahawa pemimpin mereka Ustaz Ashaari Muhamad adalah kelahiran Pemuda Bani Tamim sebagai pemegang panji Imam Mahadi yang akan menegakkan Islam di muka bumi ini. (gambar diatas hanya hiasan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan artikal ini).

Semasa penulis dijemput turut serta bersama teman menziarahi kampung tersebut, didapati suasana malam itu agak suram. Persekitaran kediaman mereka jauh berbeza dengan perumahan masyarakat diluar. Ketika itu tiada TV dan tiada lain-lain bentuk maksiat yang mungkin ujud seperti pendedahan aurat, pergaulan yang tidak terbatas, berjudi, minum arak dan sebagainya. Penulis dan teman sebagai tetamu tidak dijemput untuk masuk kedalam rumah.

Dalam ghairah berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing, penulis sempat mencelah perbualan mereka dengan menyatakan bahawa dalam keadaan mana sekalipun kita, Allah tetap ada jalan untuk menguji hambaNya yang mengaku beriman.

Pada peringkat awal pembukaan perkampungan tersebut, berlaku kejadian keatas beberapa pengikut Al Arqam yang diganggu atau dirasuk oleh makhluk halus. Hatta ketika sedang mendirikan solat sekalipun. Kadang-kadang sebelum solat selesai ada yang mula menjerit dan tidak sedarkan diri. Peristiwa ini berlaku boleh disebabkan oleh pelbagai unsur yang tidak sempat untuk diulas dalam artikal ini.

Apa yang mereka usahakan ialah dengan bersolat hajat, membaca surah yasin dan sebagainya. Ada kalanya mereka menggunakan rotan untuk menghalau makhluk halus ini. Segala usaha mereka belum menampakkan kejayaannya. Dr Mokhtar Lintang yang dipanggil sebelum itu juga belum dapat membantu sepenuhnya. Beliau berpendapat terlalu banyak jin yang datang mengganggu.

Semasa berbual dengan dua orang pimpinan kanan mereka, penulis sempat juga menyatakan pandangan iaitu solat yang dilaksanakan bukan bertujuan untuk keselamatan daripada gangguan makhluk halus atau sebagai wasilah yang akan menyebabkan semua doa dan hajat kita tercapai. Solat adalah semata-mata perintah Allah dengan tujuan pengabdian diri kepada Kholik. Oleh itu kita tidak boleh menapikan hak Allah untuk memperlakukan keatas kita sekalipun kita orang yang kuat beribadat. Setiap kepayahan dan kesusahan yang berlaku ada jalan dan doanya tersendiri yang perlu kita pelajari.

Semasa berusaha untuk menolong mereka, teman penulis juga tidak dapat membantu sepenuhnya. Bagaimanapun penulis tertarik dengan satu dialog dengan 3 jin yang mengganggu perkampungan tersebut setelah diserapkan kedalam tubuh rakan-rakan penulis.

"Aku tahu mereka hendak buat Islam, aku nak uji mereka asyik tunduk bangkit solat aje dan lupa masyarakat luar". tegas salah satu jin perempuan yang sudah tua bongkok.

Kebetulannya, pada waktu itu pengikut Al Arqam hanya berkawan atau bergaul dikalangan ahli mereka sahaja dengan penampilan dan cara hidup yang seragam. Selepas kejadian ini terdapat lebihkurang 200 orang ahli daripada Johor keluar AlArqam. Usaha Al Arqam ketika itu memang boleh dipuji kerana cuba mengujudkan kekuatan ekonomi Melayu Islam dengan cara yang tersendiri. Apa yang dimusykilkan ialah erti kesyumulan Islam itu telah disalahtafsirkan dan kefahaman terhadap Imam Mahadi itu amat mengelirukan serta banyak fakta dan ramalan mereka yang bercanggah sehingga kini. (Rujuk http://puterabanitamim.blogspot.com/).

Akhirnya Al Arqam, selain mendapat gangguan daripada jin juga telah mendapat tentangan daripada kerajaan apabila ada unsur untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan Malaysia. Oleh itu dalam kita berusaha untuk menegakkan Islam hendaklah kita benar-benar memahami hakikat kesyumulan Islam dan mempelajari kaedah perjuangan sebenar yang telah dilalui oleh Rasulullah saw.

2 ulasan:

orangkampung berkata...

Salam. Saya banyak beterima kasih dengan kumpulan ni. Pernah mengikuti aktiviti mereka semasa menjadi pelajar. bagus sekali dan membantu kami yang jauh dari keluarga.Tapi malanglah sebab mereka cepat sangat melatah.

Tanpa Nama berkata...

X TAU LA APA BAGUS NYA KUMPULAN ARQAM NI.TP YG NYATA SEORG ANAK MELUPAKAN IBU NYA GARA2 PENGARUH MEREKA,SAMPAI LA TAK JENGOK IBU NYA,SAUDARA MARA PUN TAK TAU SAMADA GADIS CANTIK BERNAMA ALAWIYAH ALIS MASIH HIDUP ATAU DAH MATI