Bagaimana Doa Ayat AlQuran Menjadi Dinding


Bangsa Melayu memang terkenal dengan perasaan hasad dengki samada terhadap musuhnya ataupun terhadap kawannya sendiri. Ini berlaku disemua peringkat, daripada rakyat jelata hingga pemerintah. Cuma bezanya ialah kaedah dan cara perasaan ini lempiaskan samada bertindak secara fisikal atau melalui alam metafizika.

Cerita yang akan penulis sampaikan ialah suatu kisah yang melibatkan pengusaha restoran menjual makanan. Perasaan hasad ini timbul biasanya berlaku ketika seseorang itu berpendapat bahawa orang lain yang menerima sesuatu kelebihan itu tidak wajar diperolehinya dan ia berasa kecewa kenapa ia sendiri tidak dapat habuannya. Dalam Islam biasanya ia ada kaitan dengan hasutan daripada syaitan atau lahir daripada akhlak atau peribadi sendiri yang buruk.

Kejadian ini berlaku di Kampong Baru. Seorang wanita yang dahulunya menjadi pekerja disebuah restoran telah berhenti dan ingin pula mencuba nasib untuk berniaga sendiri. Kedai yang dibukanya agak berhampiran dengan restoran yang terdahulu.

Sebagai persiapan awal dan mungkin juga perkara yang ia jangka akan berlaku, wanita ini telah berusaha untuk membuat "pendinding" dengan menemui kawan penulis sendiri. Ayat AlQuran dibacakan pada pasir dan simin semasa membangunkan tapak kedainya.

Sebulan kemudian beliau datang semula dengan keadaan yang agak cemas dan tergesa-gesa. Beliau melaporkan bahawa semua pinggan dan gelas yang digunakan oleh pelanggannya pecah sebelum makanan dijamah. Beliau nampaknya semacam kecewa kerana pelanggannya rasa ketakutan dan beredar dari kedainya.

"Kak, sebenarnya apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang baik untuk kakak" saya cuba mencelah.

"Kenapa pulak?" soalnya dengan rasa agak terkejut.

"Saya percaya 'sesuatu' telah berlaku, dan sebenarnya pingan yang pecah itu untuk keselamatan pelanggan kakak" saya memberikan keyakinan kepadanya.

"Habis, boleh tolong kakak lagi tak?" dia menyuarakan harpannya.

"Ok, nanti kita orang datang lagi untuk 'menengok' hal ini." janji saya.

Beberapa hari selepas itu penulis dan rakan penulis serta beberapa orang lagi teman yang lain pergi ke kedai kakak tersebut untuk membantu menyelesaikan masaalahnya. kami dibawa naik kerumahnya dan masing-masing bertindak mengikut kemahiran sendiri.

Salah seorang daripada ahli kumpulan telah dapat mengesan punca kejadian ini dan bagaimana sihir ini terjadi. Kedai kakak ini telah disihir hanya dengan upah RM300.00 sahaja. Tetapi kesannya boleh menyebabkan maut.

Semasa menjalankan siasatan dan soal selidik secara ghaib pelanggan kedai kakak ini terselamat daripada sihir yang dihantar. Jin yang membawa racun itu tidak dapat memasuki kedai tersebut.

Apabila ditanya kenapa, jin tersebut menjawab bahawa dia tidak dapat masuk kerana adanya dinding berbentuk cahaya daripada tanah hingga kelangit keliling kedai tersebut. Mendengarkan hal yang demikian, semangat kakak ini telah kembali pulih dan meyakini apa yang telah diusahakan.

Inilah sedikit gambaran dalam masyarakat kita;

1. Tidak senang melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.

2. Lemahnya keyakinan masyarakat kita kepada kuasa Allah dan hanya percaya kepada sesuatu yang dapat dilihat seperti konsep pendingding itu perlu ada benda yang ditanam atau digantung kepada kedainya.

3. Lemahnya menjaga hubungan sesama manusia dan selalu berkata atau bertindak yang menimbulkan tidak senang dan kemarahan orang lain.

4. Banyak akhlak akhlak yang Nabi anjurkan seperti "Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi temannya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri" tidak lagi menjadi ikutan yang baik dan sempurna.

Demikian antara secebis kisah yang dapat didedahkan pada kali ini berkaitan dengan sikap masyarakat Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sempurna.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Dan jin-jin jahat ini akan sentiasa mencari-cari ruang yg sudah bocor agar dia boleh masuk. Pendinding ini juga sama seperti pagar kita yg mana yg bocor boleh dicerobohi oleh anjing dan harus diperbaiki.