Daripada surah AlBaqorah ayat 216 di atas, jelas menunjukkan bahawa berperang itu adalah sesuatu yang menjadi kewajipan kepada orang Islam kerana disebalik kemusnahan keatas harta benda dan nyawa, disana terdapat juga pelbagai rahsia yang mana menjadi sesuatu yang disukai oleh Allah swt.
Antara rahsia disebalik peperangan itu ialah:
- Memberi peluangan kepada orang Islam untuk mati syahid.
- Mengenalpasti sejauh mana kekuatan dan jumlah orang yang mempunyai matlamat, cita-cita dan objektif hidup yang sama.
- Untuk mencipta kebebasan hidup secara mutlak.
- Menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan.
- Peluang sumber kehidupan bagi mereka yang melibatkan diri dalam usaha persenjataan.
- Mengeratkan jalinan dan hubungan kebangsaan.
Segelintir generasi muda sekarang ini mungkin tidak memahami darurat ada kaitan dengan sejarah generasi Malaysia era 1940-an yang berjuang membebaskan negara ini daripada penjajah kolonial.
Pada Tahun 1980an dahulu, penulis telah didatangi oleh seorang Pakcik yang tinggal di Sg Merab Bangi, menceritakan pengalamannya ketika berlawan dengan segerombolan komunis di Pahang. Ketika itu perlawanan hanya menggunakan senjata tajam.
Beliau menceritakan, semasa berlaku pertempuran itu bajunya habis koyak tetapi badannya sedikitpun tidak tercalar. Bahkan sekiranya berlaku luka sekalipun, luka itu akan segera sembuh dengan hanya disapu dengan tangannya sahaja.
Bagaimanapun apa yang menghairankan didahinya terdapat kesan luka yang besar. Penulis cuba mencungkil cerita disebalik luka tersebut.
Pakcik ini menceritakan bahawa luka tersebut terjadi ialah ketika beliau memburu seorang musuh yang masih tinggal, yang sedang lari menuju ke sebuah kedai gunting. Semasa pakcik ini cuba meninjau kedalam kedai tersebut sebilah parang melayang singgah kedahinya.
Daripada cerita ini, bolehlah kita mengambil iktibar bahawa peperangan ini mempunyai kaedah dan tatacaranya tersendiri. Selain daripada dilarang membunuh orang tua, kanak-kanak, wanita dan memusnahkan tanaman dan hartabenda, kita juga dilarang membunuh musuh yang sudah menyerah kalah atau membunuh berasaskan kepada hawa nafsu.
وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ( Surah Al Boqorah - Ayat 190)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan