Mempertahankan kalimah Allah ( اللّهُ ) daripada disalahgunakan atau boleh mendatangkan kekeliruan kepada ummat Islam adalah sesuatu yang murni, tetapi mempertahankan dan mempraktikkan suruhan Allah itu sendiri adalah sesuatu yang lebih dituntuti.
Oleh itu, sebagai insan yang beragama Islam, harus benar-benar memahami konsep atau perinsip yang diperjuangkan. Harus dapat membezakan antara tindakan menghalang manusia bertuhankan Allah (Rubbubiah) atau menghalang manusia daripada menyalahgunakan kalimah Allah.
Kitab suci AlQuran dimana didalamnya ada mengandungi kalimah Allah ( اللّهُ ) adalah merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya Muhammad saw adalah juga salah satu daripada enam rukun Iman yang wajib diyakini dan diamalkan isi kandungannya.
Sensitiviti bangsa Melayu adalah tinggi dalam hal yang berkaitan dengan agamanya. Dahulunya orang Melayu sanggup mati mempertahankan perempuan Islam (Natrah) daripada dihina dan dicaci. Akan bertindakbalas sekiranya masjid dicerobohi.
Namun kini semangat itu sudah hilang. Dimana-mana jua diseluruh dunia orang Islam sendiri yang akan menjadi batu penghalang atau penentang kepada kebangkitan atau perlaksanaan Islam itu sendiri. Orang Islam sendiri yang banyak melanggar hukum-hukum Islam.
Walaupun demikian, Allah swt tetap akan memberikan peringatan kepada hambaNya supaya tidak menjauhkan diri kita daripada AlQuran. Manusia hanya merasa takjub apabila melihat kalimah-kalimah Allah di langit, pada buah-buahan, pada bulan dan pada badan manusia, tetapi tidak mengambil i'tibar daripada peristewa ganjil itu.
Tidakkah kita merasakan bahawa ini satu sindiran daripada Allah kerana kita banyak membelakangkan perintahNya? Boleh jadi juga suatu peringatan supaya kita tidak menjauhkan diri daripada agama Islam.
Allah terus memberikan peringatanNya kepada manusia.
Pada tahun 2008 berlaku satu kebakaran di sebuah rumah di Jenderam Hilir yang dikatakan berpunca daripada pendawaian elektrik. Rumah ini hangus keseluruhannya dan tiada apa yang dapat diselamatkan. Bomba hanya sempat memadamkan api dari merebak kerumah lain.
Penulis sempat melihat kesan-kesan kebakaran tersebut. Sambil meninjau-ninjau didalam ruang bilik yang terbakar itu penulis terpandang beberapa helaian kertas yang hangus sebahagian sahaja. Apabila diambil ternyata ianya mengandungi ayat-ayat suci AlQuran. Subhanallah, penulis dapat saksikan sendiri kejadian ini.
Sebelum ini penulis hanya dapat melihat dalam gambar yang dihantar melalui email seperti gambar helaian AlQuran yang tidak dimakan oleh anai-anai dan juga sebuah kitab suci AlQuran yang tidak hangus di dalam sebuah kereta yang terbakar.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Surah Al Hijr: ayat 9).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan