Mimpi Nyata Di Jabal Rahmah


Ketika bertafakkur menghadap ke Baitullah, tergerak hati untuk berdoa sesuatu yang tak sepatutnya diminta. Namun kerana yakin akan pengajaran para alim ulamak yang mengatakan Allah akan memakbulkan segala doa dan mengampunkan segala dosa, maka tergerak juga hati untuk meminta petunjuk daripada Allah swt.

"Ya Allah tunjukkan lah kepadaku samaada dosaku telah Engkau ampunkan atau berapa banyakah lagi dosa-dosaku dan berilah petunjuk kepadaku ke jalan yang Engkau redhoi".

Setelah selesai melakukan ibadat di Masjidil Haram, penulis melangkah keluar masjid menuju ke hotel penginapan. Sepanjang perjalanan tiada apa-apa yang berlaku. Hati mula rasa risau mengenangkan doa yang dipinta dari Allah. Malamnya, selepas menunaikan solat Isya penulis terus memejamkan mata.

Subhanallah, setelah membuka mata dan bangun dari tidur menjelang solat subuh, masih terbayang lagi betapa banyaknya dosa yang ditunjukkan melalui gambaran dalam mimpi seolah olah seperti sebaris angka empat digit pada meter perbatuan pada dashboard kereta. Seperti ada suatu arahan diterima dalam mimpi tadi, sekiranya dosa ini hendak diampunkan hendaklah selain dari memohon ampun kepada Allah, juga hendaklah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan. Seolah-olah arahan itu ialah menolong sepasang suami isteri mendaki bukit. Bagaimana pun jumlah dosa yang ditunjukkan tadi tidak ditunjukkan telah terhapus.

Semasa bersama rombongan menyertai aktiviti ziarah ke Jabal Rahmah, hati kembali risau adakah benar-benar dapat memberi pertolongan kepada sepasang suami isteri mendaki bukit seperti yang ditunjukkan dalam mimpi semalam? Mata mula liar mencari-cari kut ada yang sedang meminta pertolongan. Untuk mendaki bukit itu sudah mudah, kerana ada laluan bertangga.

"Ah itu hanya mimpi sahaja, lebih baik terus mendaki." bisik hati kecil. Di atas bukit apa yang didoakan ialah mengharap seluruh ahli keluarga terutama isteri akan sampai ke Tanah Suci Mekah.

Setelah berlalu lebihkurang 10 minit, penulis meneruskan perjalanan menuruni bukit tanpa mengikuti laluan bertangga, tetapi melalui lorong berbatu. Setelah menurun kira-kira 10 langkah, tidak semena-mena terserempak dengan sepasang suami isteri yang sedang menghulurkan tangan seolah-olah minta dibantu untuk mendaki bukit itu.

Terkenang kembali mimpi yang bermain dikepala, tanpa berlengah lagi terus mencapai tangan mereka dan membantu mereka untuk kepuncak bukit tersebut. Setelah kejadian itu hati terasa begitu puas, walaupun Allah tidak menunjukkan dosa telah terampun tetapi sekurang-kurang dengan peristiwa tersebut telah mengingatkan kembali bahawa apa yang telah di nukilkan di dalam AlQuran, iaitu seseorang yang ingin mendapatkan keampunan Allah, selain daripada bertaubat hendaklah diikuti dengan amalan soleh.

3 ulasan:

zul berkata...

Tahniah Tn Hj Mat Ali dengan kewujudan blog ini. Semoga perkongsian pengalaman ini membawa manfaat yang banyak kepada pengunjung.

MIMI SUHANA berkata...

ALHAMDULILLAH. TAHNIAH TN HJ MAT ALI. MANA YANG BAIK DAPAT DI MANAFAATKAN DAN DI KONGSI BERSAMA. INSYAALLAH.

Pengarang berkata...

Terima kasih sdr zul dan mimi suhana. Disebalik kisah yang saya paparkan ini dan seterusnya, sebenarnya saya menyelitkan beberapa panduan atau pengajaran untuk para pembaca. Mudah-mudahan mereka dapat memahaminya dan beramal dengannya.