Layakkah Tok Guru Memerintah


Pengalaman seterusnya ialah peristiwa bersama rakan sebilik di Kota Mekah, setelah bermulanya ibadat haji. Pada masa itu usia teman ni hampir mencecah 70 tahun. Semasa berada di Madinah, beliau selalu keluar ke masjid sambil dipimpin oleh rakan yang lain. Kesihatanya memang agak kurang memuaskan. Di Mekah pula beliau sering demam dan badannya sering terasa agak sejuk.

Beliau ini agak alim juga orangnya dalam bidang agama, dan katanya adalah juga mengajar di masjid-masjid di kampongnya. Teman-teman yang lain memanggil beliau sebagai ustaz.

Memandangkan beliau sentiasa kurang sihat, beliau jarang turun ke Masjidil Haram.


Setelah pulang daripada Mina, semua jemaah yang mengambil Haji Tamattu' bersedia pula seterusnya untuk melakukan tawaf rukun. Ada yang melakukannya pada hari yang sama dan ada pula yang menangguhkannya pada hari kedua atau ketiga mengikut keselesaan masing-masing.

Penulis mengerjakan tawaf pada hari yang sama setelah pulang dari Mina. Setelah selesai tawaf dan kembali semula ke hotel, teman tadi memanggil penulis untuk meminta bantuan. Beliau meminta penulis melakukan tawaf haji untuknya pula kerana beliau tidak sihat. Penulis menolak dengan alasan diri beliau masih ada, walaupun sakit tetapi boleh diusung, dipimpin atau menggunakan kerusi roda.

Oleh kerana penulis ini adalah rakan karibnya ketika itu, dan demi untuk menyenangkan hatinya, penulis cuba juga melakukan tawaf untuknya. Dengan kehendak Allah swt pada malamnya penulis bermimpi menyerahkan kertas perojek kepada pensyarah, tetapi alangkah terkejutnya, walaupun telah berusaha menyiapkannya, semasa dibentangkan kepada pensyarah yang berkenaan kertas tersebut kosong seolah tiada satupun tulisan di atasnya.


Melalui mimpi ini penulis yakin bahawa amalan penulis siang tadi adalah sia-sia belaka. Penulis terus memanggil ustaz Tabong Haji sebagai penasihat kepada jemaah untuk menasihatkan teman penulis supaya dia melakukan juga tawaf rukunnya. Setelah didesak, akhirnya teman tadi bersetuju juga untuk turun mengerjakan tawaf rukun dengan dibantu oleh penulis dengan seorang lagi jemaah yang lain.

Penulis tidaklah berminat sangat untuk mengetahui peribadi setiap jemaah secara mendalam. Tetapi pada suatu ketika, semasa hendak merihatkan badan disiang hari, penulis cuba melelapkan mata. Masa itu agak sukar untuk tidur kerana teman penulisni sedang rancak berbual berbagai topik.


Antara kenyataan mereka yang jelas didengar ialah " Ah! kalau dah jadi Tok Guru tu mengajar aje la, buat apa masuk politik. Macamana nak memerintah kalau pakai kain pelikat". Itulah antara kata-kata mereka.


Penulis tidaklah berminat juga untuk mengetahui apa kefahaman politik mereka, tetapi gaya bahasanya macam biasa didengar. Apa yang peliknya ialah, apabila sampai di Jeddah, semasa menunggu untuk peroses pulang ke Tanah Air, kesihatan beliau berada dalam keadaan amat baik dan pakaiannya amat bergaya dan sentiasa bersiap sedia untuk bertolak pulang walaupun orang lain ada yang masih baring diatas katil. Wallahu'alam, Allah jualah yang memiliki dan menguruskan segala sesuatu.


Nasihat penulis ialah, sebelum menunaikan fardhu haji, perbetulkanlah segala niat dan akidah serta amalan seharian kita agar semuanya menepati kehendak Islam yang sebenar. Fahamilah dan hayatilah risalah yang diedarkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada para jemaah yang berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan Iman dan Islam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf, rasanya warna fon dengan background tak sesuai....susah nak baca. tulisan putih dengan background biru tua mungkin sesuai. Maaf yerk...

m ali berkata...

Terima kasih atas cadangan dari anda. Saya akan cuba perbaiki lagi.