SUMPAH IKAN TAPAH

Percaya atau tidak, ia memang benar-benar berlaku, betul atau salah kefahaman datuk nenek dahulu Allah jua yang Maha Mengetahui. Setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini pasti ada hikmah disebaliknya.

Kisah yang akan dipaparkan ini mungkin tidak menepati kejadian atau sejarah yang sebenar. Penulis mendengar sendiri cerita ini dari arwah nenek yang disampaikan kepada anak cucu untuk dijadikan tauladan dan sempadan.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, serta Tanah Melayu sering dijajah oleh orang-orang  barat, masyarakat Melayu yang hidup di pesisiran Sg. Perak hanya hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Untuk meneruskan kehidupan, ada yang sanggup jadi talibarut Jepun dan ada pula yang sanggup masuk ke hutan untuk menentang penjajah British. Sebahagian yang bernasib baik dapat jadi asykar British dan ada pula yang terus jadi Asykar Melayu.


Bagi penduduk di sekitar Mukim Lambor Kiri, banyak bergantung kepada rezeki di bendang, kebun getah atau di sungai. Semua sumber pencarian hidup ini adalah dalam skala yang kecil.

Dikalangan masyarakat Melayu di Lambor Kiri, Parit, Perak terdapat satu kisah yang sangat terkenal mengenai emas ikan tapah. Kisah ini berlaku kepada seorang pendatang yang bergelar Pak Kaduk yang hidup ditengah masyarakat yang gemar berjudi dan menyabung ayam.

Seperti juga maksiat yang lain, apabila mula menceburkan diri agak sukar untuk meninggalkannya. Habis semua harta yang ada terjual, bak kata orang tua-tua bergolok bergadai atau tinggal sehelai sepinggang.

Pada suatu hari, semasa mengenangkan hidupnya yang amat malang, beliau ternampak seekor kucing datang menuju kerumahnya sambil mengeluarkan suaranya seolah-olah mengajak beliau ke suatu tempat.

Ketika kucing tersebut menghampirinya serta menggesel-geselkan kakinya, ia terus berbunyi seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Pak Kaduk masih tidak memahami petunjuk yang terjadi dihadapannya. Kucing tersebut kemudian berjalan menuju kearah sungai.

Perbuatan ini diulang tiga kali, dan pada kali ketiga beliau terus mengekori kucing itu sehingga ke sungai. Alangkah terkejutnya apabila sampai di sungai beliau terlihat seekor ikan tapah besar terdampar di tebing sungai.


Pak Kaduk terus mengambil ikan tersebut yang didapati perutnya agak besar. Lantaran telah menjadi begitu miskin beliau tidak lagi mempunyai pisau untuk menyiang ikan tersebut. Hanya yang ada alat tuai padi yang terselit di atap rumahnya.

Alangkah terkejutnya apabila perut ikan itu dibedah, beliau dapati ada segumpal emas (kerosang baju) yang amat berharga, kira-kira boleh memberi sedikit kelegaan kepada kehidupannya. Ikan tersebut tidak dimakan dan dilepaskan kembali ke sungai setelah dijahit. Dalam keadaan yang amat gembira itu, beliau terus bersumpah dengan mengharamkan tujuh keturunannya dari memakan ikan tapah.

Sesiapa sahaja yang memakannya akan menerima salah satu dari dua akibatnya iaitu menjadi papa atau mendapat sakit gatal pada kulit. Alhamdulillah, bagaimanapun kesan sumpah ini boleh dibatalkan dengan meminum air rendaman emas yang diperolehi dari perut ikan tapah tersebut. Sehingga kini emas tersebut masih ada lagi di Lambor Kanan pada salah seorang keturunanya bernama Hjh Hasmah. Ramai juga yang telah meminum air rendaman emas tersebut termasuklah nenek penulis sendiri. (sebahagian daripada maklumat dan gambar di petik dari http://kgtua.tripod.com/)


 لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun (Al Baqorah -25)

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lain kali google lah dahulu cerita ini kerana ia sebahagian daripada cerita orang melayu. janganlah diubah namanya jika tidak tahu, lakukan sedikit penyelidikan sebelum menulis, terima kasih

m ali berkata...

Terima kasih atas peringatan dan teguran saudara. Cerita ini adalah bualan mulut nenek sendiri yang juga pernah minum air emas tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ini kisah legenda org Perak. Jadi kemungkinan ceritanya akan ada pelbagai versi bergantung kpd penyampainya dan cara penyampaiannya. Tidak semestinya cerita yg kita perolehi itu benar apabila versi yg kita perolehi itu berlainan drpd versi dari pihak yg lagi satu kerana tiada pengesahan dari mana2 pihak. Ada versi yg menyatakan istana itu terletak di mukim Lambor, tapi saya tidak pernah menemui dlm mana2 sejarah trdapat istana di Lambor. Cuma saya hanya ingin bertanya kpd penulis aakah emas itu sudah sediakala dlm bentuk keronsang atau dlm bentuk butiran semasa emas itu ditemui. Wallahu'alam.

m ali berkata...

Cerita yang saya terima ini memang benar dari nenek saya dan saya ada juga padankan dengan lain-lain maklumat dari sesawang yang lain. Dari mulut nenek saya ini hanya disebut segumpal emas, tetapi kawan saya sendiri yang pernah meminum airnya menyatakan seperti yang tertera dalam gambar tersebut. Samada sudah dicairkan dan di rekabentuk semula belum dipastikan.

m ali berkata...

"Cuma saya hanya ingin bertanya kpd penulis apakah emas itu sudah sediakala dlm bentuk keronsang atau dlm bentuk butiran semasa emas itu ditemui. Wallahu'alam."

Menjawab soalan saudara, saya telah mendapatkan kepastian daripada En. Jurid yg berasal dari Kg Tua lambor Kanan menyatakan bahawa, emas yg dijumapi dalam perut ikan tapah tersebut adalah dalam bentuk ketulan (raw material).

Ketulan emas tersebut telah ditempah menjadi seperti kerosang dalam gambar yg tertera. Ada juga yg dijadikan cincin dimana matanya seperti seekor ayam yg sedang mengepak. Ada juga cerita yg menarik apabila ada usaha menggadaikan emas ini.

aisbatu berkata...

Salam sejahtera,

Cerita ikan Tapah ni ada berbagai versi kerana diceritakan dari mulut kemulut tapi asasnya Tok Kadok dan Ikan Tapah serta kawasan Lambor Kanan dan Kiri. Emas berkenaan ditemui dalam bentuk yg belum siap serta terpaksa dibawa ke Siak/Kampar untuk ditempah sebagaimana rupa digambar blok ini dan blok-blok lain yg menceritakan kisah Sumpahan Tok kadok ini.

ASH berkata...

menarik le yeop!

m ali berkata...

Assalaamualaikum ashley, terima kasih. Kalau nak baca banyak cerita yg lebih menarik boleh lawati blog aisbatu tu.

Tanpa Nama berkata...

best ler yop cite nii...hehe..benar x benar tu sume kuase ALLAH..teman oghang kuale kangsor...hehee...

sayabudakperak berkata...

cerita ini ada benarnya jugak.. kerana saya pernah dengar juga dari nenek moyang saya.. saya orang perak.. cerita pak kaduk menemui ikan tapah mmg betul..

Joeyz berkata...

Assalaamualaikum..
kisah sumpahan ni memang benar...
sebab saya juga salah seorang keturunan yang tak boleh makan ikan tapah.. ibu saya berasal dari lambor kanan.. :)
terima kasih untuk info dari blog anda.. :)

Tanpa Nama berkata...

Sy slh seorg keturunan pak kaduk ni... Tp keturunan ke berapa su x pasti sbb bru2 ni bri sy tau yg sy x blh mkn ikan tapah.. Sbb ayah sy asal dr lambor. Mhkin salah silah keluarga ayah ade ade berkaitan dgn cerita ni..sbb ayah sy pn melarang keras sy dr makan atau pn sentuh ikan tapah ni..diharap dpt dijelaskan pd sy lbh lnjut nk jgk tau cerita slh silah fmly sy.

Amka Amat berkata...

pada saya kisah ini memang benar,sebab saya antara keturunan yg tak boleh makan ikan tapah,jgan kata kan ikan,air nya pun klau kena jadi gatal-gatal sampai di garu akan jadi kudis,,arwah mak saya penah terkena air ikan tapah ni semasa di pasar,asyik gatal,di garu banyak kali jadi kudis,last blk kg jumpa pemegang amanah yg jaga emas tu,tak silap saya masa tu yg pegang amanah tu dulu lelaki,ye la dah lama sangat pun masa saya jumpa pemegang emas tu, saya sendiri tengok emas tu,memang macam kerongsang,di rendam dlm air,air tu di sapu pada kaki mak saya,,Dengan izin Allah berkesan,hilang gatal dan kudis beransur hilang.

Unknown berkata...

ayah aku larang jgak makan ikan ni . akan jadi gatal2.

nor berkata...

ASSALAMUALAIKUM...
Maaf nk tumpang tanya kat mana ye blh dptkn alamat tempat tinggal atau nombor telefon waris yg simpan emas ni.?
Sebab sy cuba nk buat kajian mngenai sumpah ikan tapah ini sebagai assignmet kos sy skrg ini.

m ali berkata...

Siapa yang ingin maklumat lanjut boleh juga hubungi kawan saya MOHD JURID ISMAIL 0173316953 yang tinggal di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Arwah datuk sy jg ada pesan, kami antara keturunan yg d larang makan ikan tapah..

umno totok 98 berkata...

Bio beno chor

Anak Jati Perak berkata...

Aje yang ye kate ko..

nor berkata...

terima kasih atas perkongsian sumber ini. Adakah kawan encik yang di atas itu masih menggunakan nombor telefon yang sama. Sebab saya masih berminat untuk mencari beberapa lagi info untuk jadikan bahan sejarah dan tesis saya.

m ali berkata...

Nor, kawan saya tu masih guna nombor telefon yang sama. Beliau selalu saya temui di surau.

nor berkata...

terima kasih encik.

Unknown berkata...

As Salam ,saya pon salah seorang dari keturunan pak kaduk nie, makcik saye mengalami kulit badan gatal2 satu badan smpi skrg , die mengalaminya dari dia berusia 8 tahun (terkene tempias air je) .. minta jasa baik penulis tolong beri alamat / no talipon untuk saye merawat mak cik saya.
dari gopeng Aisyah 017224087

Qaisyahmohdyasin berkata...

As Salam ,saya pon salah seorang dari keturunan pak kaduk nie, makcik saye mengalami kulit badan gatal2 satu badan smpi skrg , die mengalaminya dari dia berusia 8 tahun (terkene tempias air je) .. minta jasa baik penulis tolong beri alamat / no talipon untuk saye merawat mak cik saya.
dari gopeng Aisyah 0172240087

Qaisyahmohdyasin berkata...

As Salam , saya salah seorang dari keturunan itu juga . mak cik saye terkene tempias ikan tapah semasa kecil sampi sekrg dia mengalami kulit gatal sehingga kudis2.. saya harap tuan blogger boleh bagi alamat untuk saye merawat mak cik saya .
nie no talipon saya 0172240087 aisyah gopeng , perak

Tanpa Nama berkata...

Saya akan tinggal tuk jangkawaktu yg panjang.jdik cerita tentang tapah akan saya ingat

Hidup tapah berkata...

Assalamualaikum . . Teman ade juge dengo cerite ni ..apa yg diceritakan toh tan dewa sakti ni dpt satu mimpi yg menyatakan akan ada ikan tapah yg terdampar di pesisir sungai btng pdng ni dan terdpt emas di dlm ikan tersebut dan dpt digunakan oleh beliau untok kesusahannye pade masa itu .. akibat dri kesusahan nye berpunca dri sabung ayam dan kendatngan judi yg berleluasa pada zaman itu . Sebelum beliau mimpi beliau telah berjanji untok berubah dan akan menyumbang bg membangunkan tapah ni . Alhamdullilah sehingga skrng ade istimewanye tapah .......kita bukan memandai2 reka reka kan cerita cuma kita berkongsi cerita .. semuanye wallahu'alam kerana kita jauh dri zaman dahulu so akan ade tokok tambah .. semoga terhibur semua saudara2 islam/melayu kita ..

Unknown berkata...

Saya juga ada darah keturunan yg takbleh makan ikan tapah ni, bapak sedara saya memang pernah terkena penyakit gatal2 sehingga bernanah hanya kerana memegang ikan tapah ni, tapi dah dirawat dgn meminum air rendaman emas tu, tapi saya tak pernah sesekali dalam hidup saya berjumpa atau menyentuh ikan tapah, jadi dimana saya boleh mendapatkan ikan ini??

Unknown berkata...

Teman pun asal keturunan Lambor.Mak asal Lambor Kanan. Ayah asal Lambor Kiri. Mmg beno crite tu ape yg Opah dan moyang britau

Unknown berkata...

Saya org bota kanan..lambor kanan tu 5 minit je dari umah sy..emas tu msh lagi dlm bentuk asal..dan emas tu bkn la ad di istana..tp ad disebuah rumah..emas tu dijaga oleh seorang wanita tua..xpasti nama..sekian..

Tanpa Nama berkata...

as salam.. bg teman.. keisah ni aje yg bebeno.. sb mak cik ipor teman ponah kena sumpahan ini.. seghope ape yg arwah opah teman labunkan dedulu.. teman oghang Lambor.

Lynn berkata...

Kita geng...keturunan sama

Lynn berkata...

Kita geng...keturunan sama

m ali berkata...

Mungkin juga saudara terdekat.

Tanpa Nama berkata...

Saye juga salah seorang yg xboleyh mkn atau terkena airbikan tapah...klu terkena akn mnjadi gatal2...cerita nie mmg benar

onee azua berkata...

Myna Omey, mcik yg jaga emas tapah di rumah tua tu nmnya Asmah. Beliau dh arwah. Skrg anak sedaranya yg pegang kunci peti tmpt simpan emas tu. Biasanya sblm puasa akan diadakan kenduri. Masa tu la emas direndam dlm air dan disimpan dlm tempayan. Jika sesiapa nk berubat, baliklah ke Lambor Kanan, cari Mcik bernama Putih Yah. Beliau duamanahkan utk uruskan air emas tapah.


Tanpa Nama berkata...

Pehhh... Ikan ni buat tempoyak memang A deme kate.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nur haura afeeya berkata...

Salam

m ali berkata...

Wa alaikumussalaam, warahmatullahi wabarakaatuh

m ali berkata...

Teman minat ikan patin. Ghupenye hampir same dengan ikan tapah.

m ali berkata...

Terima kasih memberikan maklumat yang lebih lengkap.

m ali berkata...

Ate ape name ayah mike. Kut kenei