PEMBATAL ILMU MENGUASI JIN

Semua bangsa dan agama di dunia ini ada memiliki ilmu dan kepercayaan tersendiri yang natijahnya hampir sama, terutama dalam ilmu pertahanan diri dan rawatan secara tradisional.

Walaupun pada hakikatnya semua itu terjadi atas  izin dan dibawah pengetahuan Allah swt, tetapi bagi mereka yang bukan Islam, mereka percaya ada suatu kuasa lain yang boleh membantu mereka dalam semua urusan yang diperlukan. Bagaimana pun kadangkala mereka yang terdiri daripada penganut beragama Islam sendiri juga ada yang percaya kuasa ghaib yang lain yang boleh membantu menunaikan segala maksud dan hajat.

Satu persamaan lagi ialah semua amalan-amalan ini ada pembatalnya atau pantang larangnya yang tersendiri sekiranya dilanggar akan membatalkan atau mengehentikan fungsi hikmahnya. Antara pantang larang ilmu kebal dan kepercayaan dahulu kala masyarakat Melayu ialah; tidak boleh menyusup dibawah penyidai kain, tidak boleh dilintas dibelakangnya, berjalan tidak boleh pakai kasut, tidak boleh makan pisang emas dan pelbagai lagi mengikut arahan guru masing-masing.


Kisah kali ini menceritakan bagaimana  sekumpulan perguruan Melayu yang diminta untuk membuat rawatan disebuah rumah di Kg Baru sekitar tahun 80an yang lalu. Kumpulan ini disertai sendiri oleh gurunya. Misi mereka kali ini adalah untuk merawat seorang wanita dewasa yang mengalaman gangguan atau rasukan makhluk halus.

Memandangkan pesakit ini tidak begitu kritikal, ketua kumpulan membuat keputusan untuk merawat pesakit yang lain terlebih dahulu. " Ah! kita pergi kesana dahulu, nanti jam 12:00am nanti kita ke sini dan bereslah". Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut ketua kumpulan.

Sekitar jam 12:00am mereka mula membuat rawatan. Seperti biasa, dalam pengalaman yang lalu, kerja ini sangat mudah apatah lagi dilakukan oleh ramai anak muridnya. Namun pada kali ini segala usaha dibuat tidak berhasil. Pesakit terus menjerit dan meraung persis seorang yang kena rasuk seumpama dalam filem exorcist. Namun tidak berhasil. Satu ketika kedengaran daripada mulut pesakit itu meminta supaya mengorek kuburnya untuk mengambil semula barang yang ditanam. 

Hampir jam 5:00 pagi pesakit tidak dapat dirawati. Pelbagai kaedah telah dicuba. Akhirnya, kumpulan ini terus keluar rumah meninggalkan pesakit dalam keadaan yang sugul dan kecewa. Masing-masing tidak berkata sepatahpun. Kenapa tidak berhasil sedangkan gurunya sendiri ada bersama semasa menjalankan rawatan.

Inilah hakikatnya, sakit dan sembuh adalah kehendak Allah swt. Walau sehandal mana sekalipun cara kita, jika Allah tidak mengizinkan tetap tidak akan sembuh. Akan adalah juga penyebab bagi segala sesuatu itu untuk berlaku.

Amalan ini sebenarnya ada satu pantang larangnya. Mungkin pada masa mereka hendak pergi merawatnya tadi mereka telah melanggar pantang larang ini tanpa disengajakan. Pantang larangnya ialah "TAKBUR". Takbur merupakan suatu sikap yang merasakan diri sendiri mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu. Dalam kes ini ketua kumpulan tersebut telah terlalu yakin seolah-olah peasakit itu akan sembuh dengn mudah. Beliau mengucapkan kata-katanya tadi tanpa disusuli dengan ungkapan "INSYAALLLAH'.
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَآدَّ لِفَضْلِهِ يُصَيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Yunus - 107)











2 ulasan:

santi berkata...

trimakasih infonya,,
sangat bermanfaat sekali,,
mantap,,,

m ali berkata...

Terima kasih. Itu satu pengalaman benar yang mengajar kita bahawa Allah Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.