Kalau diberi kepada 100 orang untuk memberi jawapan maka 100 jawapanlah yang akan keluar. Kebanyakan pendokong-pendokong gerakan berlandaskan agama Islam/dakwah mengatakan politik ala Malaysia ini adalah tidak mengikut sunnah dan jauh daripada teknik amalan Rasulullah dalam memilih pemimpin melalui pilihanraya.
Maka terdapatlah golongan yang beramal untuk berdakwah sahaja, atau kebajikan dan pendidikaan semata-mata dan ada pula golongan yang hanya hidupnya untuk politik sahaja sehingga mengenepikan Islam dalam semua tindakan dan programnya.
Rencana penulis kali ini bukanlah untuk mengulas erti politik, tetapi hendak menyampaikan salah satu daripada beberapa kisah yang ada hubungkait dengan berjuang dalam politik.
Pada tahun 1984 (kalau tak silap), semasa berlaku pilihanraya umum dan 2 minggu sebelum hari pengundian berlaku satu kejadian yang diluarjangka. Pada masa itu penulis ada kesempatan untuk membaca hadis di surau sepertimana yang diberi peluang kepada jemaah Tabligh pada setiap hari selepas solat suboh. Penulis pula membaca hadis selepas solat maghrib, menggunakan kitab Hadis 40 atau Hadis Bukhori dan Muslim.
Biasanya penulis akan memetik hadis-hadis yang berkaitan hal-hal semasa dan mengulasnya berpandukan keadaan masyarakat persekitaran dan masyarakat umum. Pada satu malam, selepas solat Isyak datang salah seorang jemaah surau yang penulis kenali memberi nasihat. "Saya diminta untuk menyampaikan pesanan seseorang yang mengatakan saudara ni banyak membacakan hadis yang mengenakan orang" katanya.
"Saudara, tolong sampaikan kepadanya, mana ada hadis yang ditujukan kepada binatang, semua untuk manusia" saya membidas kembali.
Tidak beberapa lama selepas itu penulis mendapat sakit demam yang agak luar biasa. Tulang terasa amat sakit dan seakan-akan terasa semacam retak. Baring, meniarap dan mengiring semuanya rasa sakit. Hanya boleh rasa kurang sedikit rasa sakitnya apabila menungging.
Ramai teman datang ziarah dan cuba membantu. Penulis dibawa ke hospital Kajang untuk dimasukkan ke wad. Amat kecewa sekali apabila doktor hanya memberikan panadol dan menyuruh penulis berehat di rumah sahaja. Sakit tidak juga berkurangan.
Ada diantara rakan penulis mencadangkan pergi ke Hospital Universiti. Bagaimanapun penulis menolak dan mencadangkan untuk memanggil kawan penulis yang sedikit sebanyak tahu rawatan secara tradisional.
Alangkah terkejutnya apabila ia menerangkan, "Ini kerja hendak membunuh, saudara diserang 3 jin, tetapi belum berkesan sepenuhnya. Nanti saya cuba usahakan InsyaAllah".
Setelah kerjanya selesai dan saya diberi air penawar, sakit mula beransur sembuh. Oleh kerana badan begitu agak lemah lagi saya tidak keluar mengundi pada tahun itu.
Ini adalah secebis daripada kisah penulis dan kisah orang lain seumpamanya yang penulis lihat dan dengari sendiri kesan kepada mereka yang bekerja dalam politik khususnya dalam perjuangan untuk memertabatkan agama Islam.
Sekiranya kita menafsirkan jihad itu adalah suatu kerja yang bersungguh-sungguh dan dalam syarak bermaksud bersungguh-sungguh di Jalan Allah, maka politik yang bergerak untuk memertabatkan agama Islam itu adalah juga suatu jihad.
Kerja dakwah yang bersungguh-sunguh pastinya akan menyentuh hati dan mengganggu gugat amalan jahiliah. Kesan daripada itu kita akan menjadi sasaran serangan balas oleh musuh-musuh agama Islam.
Oleh kerana perjuangan ini merupakan perjuangan melalui lisan, tulisan dan suri tauladan yang baik dan bukan perjuangan melalui senjata maka serangan balas pula dalam masyarakat Melayu biasanya dibuat melalui perantaraan bomoh dan seumpamanya.
Oleh itu sesiapa yang telah memahami erti perjuangan Islam itu dan bersedia untuk berjuang perbetulkanlah niat kita supaya kematian kita dalam usaha menegakkan kebenaran Islam ini dikira sebagai suatu jihad InsyaAllah.
وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
1 ulasan:
Pelatihan Solat Khusyuk
Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.
Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.
Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran
Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com
Catat Ulasan