Rahsia Kekuatan Warna Merah dan Kuning.


SAKA - merupakan suatu kepercayaan yang sukar dipisahkan dalam masyarakat Melayu kerana ia dikaitkan dengan faktor keturunan dan dianggap suatu yang positif atau 'baik' bagi keluarga yang berkenaan. (Gambar hiasan dari Kosmo).

Saka juga dianggap satu bentuk pertolongan atau bantuan daripada alam ghaib yang dikaitkan dengan bantuan datuk nenek yang telah meninggal dunia.

Daripada hasil penemuan penulis, saka terdiri daripada beberapa jenis seperti jin Islam, jin kafir dan satu bentuk lagi yang agak luarbiasa yang telah ditemui ialah bukan dari kalangan jin, ruh atau malaikat, tetapi daripada 'kuasa amalan' orang-orang terdahulu yang memiliki pelbagai kepandaian.

Ini jelas kalau kita selidiki hadis yang menyebutkan bahawa AlQuran atau amalan puasa akan menjelma seperti suatu lembaga yang akan melindungi kita di alam kubur ketika berhadapan dengan Malaikat Munkar dan Nakir.

Diantara beberapa kejadian yang ditemui, terdapat satu kisah yang agak menarik berlaku pada sebuah keluarga di Kuala Lumpur.

Ianya bermula dari kejadian seorang wanita yang sering mendapat sakit dan sukar diubati serta juga sering bermimpi yang menakutkan. Semasa rawatan dijalankan didapati wanita tersebut mendapat gangguan daripada saka milik keluarganya. Sakanya merupakan jin Islam yang hidup sezaman dengan Rasulullah saw.

Kononnya mimpi yang menakutkan itu adalah sebagai suatu petunjuk daripada jin tersebut yang ia ingin melindungi dan menjadikan wanita itu sebagai temannya. Dari pengalaman berhubung dengan rawatan saka ini, didapati ia agak sukar ditangani kerana dikalangan keluarga yang berkenaan ada yang ingin didampingi saka tersebut. Saka hanya boleh dibuang apabila seluruh ahli keluarga menolaknya.

Dalam kes ini, abangnya tidak mahu membuang saka berkenaan kerana padanya ia ada manfaatnya seperti untuk persilatan atau perubatan.

Setelah berunding, jin berkenaan bersetuju tidak mengganggui wanita berkenaan, tetapi dengan syarat pelamin yang akan dibina hendaklah disaluti dengan kertas yang berwarna merah, kuning dan hitam.

Mendengarkan hal yang demikian penulis bertambah yakin bahawa amalan orang tua-tua dahulu yang sering menggunakan kertas yang berwarna demikian selalu terlihat di kepala tiang ketika mendirikan rumah baru dan juga pada pelamin pengantin ada hubung kaitnya dengan amalan jin.

Begitu juga gelang tangan daripada benang berwarna kuning, merah dan hitam selalu dipakaikan pada tangan kanak-kanak kecil sebagai usaha perlindungan dari gangguan makhluk halus.

Bagi mengharapkan ketenangan atau keselamatan, keluarga berkenaan akur dengan kehendak sakanya serta pelaminnya tersebut dihiasi dengan kertas yang berwarna warni seperti yang diminta.

Benarlah kata-kata orang-orang alim, sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. Pada peringkat awalnya,  majlis tersebut berjalan dengan baik, tetapi beberapa ketika selepas penulis dan rakan penulis meninggalkan majlis berkenaan berlakulah gangguan dimana terdapat ahli keluarganya yang menjerit dan tidak sedarkan diri.

Apa yang ingin penulis sampaikan disini ialah terdapatnya hadis Rasulullah saw dimana Rasulullah saw tidak menggemari warna merah dan kuning tetapi menyukai warna hijau, seolah-olah ada sebab musabab yang tersembunyi. 

Mu'awiya b. Suwaid b. Muqarrin reporxed: I visited al-Bara' b. 'Azib and heard him say: Allah's Messenger (may peace be upon him) commanded us to do seven things and forbade us to do seven (things). He commanded us to visit the sick, to follow the funeral procession, to answer the sneezer, to fulfil the vow, to help the poor, to accept the invitation and to greet everybody, and he forbade us to wear rings or gold rings, to drink in silver (vessels), and to use the saddle cloth made of red silk, and to wear garments made of Qassi material, or garments made of silk or brocade and velvet. (Book #024, Hadith #5129).

Kalau kita perhatikan pada masa sekarang inipun warna-warna kuning contohnya digunakan oleh ketua-ketua agama tertentu (bukan Islam) sebagai warna rasmi mereka.

Oleh itu sebagai orang Islam, elaklah diri kita dari menjadikan warna yang demikian sebagai keutamaan pada hiasan atau lantai terutama di surau atau masjid dengan menggunakan karpet merah yang mana budaya ini digunakan untuk laluan pembesar negara dan juga telah mula dihidupkan semula oleh masyarakat Melayu dalam menyambut pasangan pengantin.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Warna Bendera Selangor tu.

orangkampung berkata...

Itu warna kebanggaan budak kolet melayu KK tu.

m ali berkata...

Kalau semua kuning nanti maghah pulak Sultan Peghak. Rumah kuning kat Teluk Anson ada sejarahnye tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

warno bndero nogori pun..yg kayo dgn adat n warisan...

Tanpa Nama berkata...

Di Ipoh ada seorang Hj menjalankan tugas "Ghost Buster". Memang pakar buang saka. Boleh try.
nanwee@gmail.com