Kehadiran jin serta impaknya kepada manusia dari sudut sains sukar dibuktikan. Sains memerlukan sebab dan musabab yang zahir dan dapat diukur serta dibuktikan sekurang kurangnya melalui kacamata lahiriah. Seseorang yang tidak sedarkan diri, histeria, gila atau meracau, semuanya itu ada hujah secara saintifik kenapa dan bagaimana ia berlaku. Maka, tidak hairanlah seoarng pensyarah yang telah saya temui di salah sebuah universiti tempatan, tidak mengakui sepenuhnya ada fenomena gangguan jin kepada manusia. (semua gambar yang dipamirkan adalah sebagai hiasan).
Kisah ini agak sedikit panjang tetapi cuba diringkaskan sedapat yg mungkin. Sesiapa yang berminat mengetahuinya bolehlah meneruskan pembacaan serta mengambil beberapa nasihat yang penulis cuba selitkan. Tujuan kisah ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak atau menonjolkan kehebatan mana-mana individu (termasuk penulis) tetapi diceritakan supaya generasi sekarang dan akan datang dapat memahami kebesaran Allah swt yang menguasi semua alam.
Kisah ini berlaku lebihkurang pada tahun 80an dahulu dimana sebuah universiti tempatan telah menghantar satu rombongan pelajar bersama pensyarah berkenaan ke Indonesia untuk mengadakan ekspedisi amali haiwan dan tumbuhan.
Mereka dikehendaki mengambil beberapa contoh tumbuhan, haiwan dan serengga sebagai bahan penyelidikan. Semasa kerja-kerja ini dilakukan pensyarah berkenaan telah mengambil satu contoh tumbuhan dari sebatang pokok di hutan. Tanpa diduga tindakan pensyarah ini telah mengundang bencana kepada beliau.
Beliau telah mendapat gangguan mental, serta bercakap dan bertindak secara tidak normal. Tiada siapa yang berani mendekatinya kerana pada sesuatu ketika beliau bertindak agresif. Bomoh yang cuba mengubatinya juga cuba dilawan atau ditumbuk. Tanpa berlengah lagi keputusan diambil untuk menghantar beliau pulang ke Malaysia dengan segera.
Penulis dan rakan penulis memberanikan diri untuk menjemput beliau di Lapangan Terbang. Semasa hendak menaiki kenderaan, penulis cuba membaca ayat Al Quran dari surah Al Hasyr mulai ayat 21 didalam hati tanpa kedengaran di telinga, ( لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ ) tetapi yang menghairankan tiba-tiba sahaja pensyarah ini bercakap "Di kalangan kita ada yang tidak jujur kerana cuba membaca sesuatu". Sedikit rasa gentar penulis terus menghentikan bacaan.
Pensyarah ini terus dihantar kerumah keluarganya di Klang untuk diberi rawatan. Selang beberapa minggu, penulis terdengar berita yang beliau telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) di wad psiketrik. Ramailah dikalangan teman pensyarah datang melawatnya. Yang menhairankan ialah ada terdapat pelawat yang masuk dan memberi salam kepada beliau, beliau akan membalas "Salam kepala bapak engkau". Semua ini bukan lahir dari sifat naulori pensyarah berkenaan, tetapi adalah pertuturan dari luarsedarnya. Dari perbualannya yang difahami, jin ini tidak mahu bersalam dan menjawab salam dengan orang-orang yang mengabaikan solat.
Penulis terus berusaha dengan membawa beberapa orang teman untuk cuba merawati beliau, tetapi usaha ini gagal. Jin yang mengganggu pensyarah ini adalah Jin Islam. Satu atau dua ekor yg dikeluarkan dari tubuhnya, akan datang pula seribu lagi. Dari pengalaman dan pengetahuan yang ada, penyakit seperti ini memang sukar dirawati. Ini kerana gangguan yang berlaku adalah kesalahan manusia itu sendiri. Sebab itulah dalam rawatan tradisional masyarakat Melayu ada disebut sebagai jamuan kepada jin sebagai usaha dan syarat untuk memujuk jin itu keluar dari pesakit.
Jin Islam ini juga telah pernah menasihatkan penulis supaya berlaku jujur dan amanah, kalau berdoatu katanya janganlah terlalu ringkas. Katanya juga, Imam adalah saksi Allah dimuka bumi. Oleh itu seseorang Imam perlu memahami dan mendalami agama supaya boleh menjadi tempat rujukan masyarakat.
Banyak usaha telah dibuat untuk mengubati pensyarah ini di hospital, tetapi tetap masih gagal. Penulis bersama rakan telah berusaha untuk mengeluarkan pensyarah tersebut dari hospital dengan 2 alasan:
Untuk memudahkan mendapat rawatan lanjut tradisional secara lebih berkesan.
Supaya tidak menerima rekod sebagai pesakit jiwa.
Penulis dan rakan telah dapat meyakinkan doktor di HKL ini dan terpaksa menandatangani satu surat akuan pertanggungjawaban.
Setelah pensyarah ini dibawah kerumahnya, penulis berusaha menemui pakar rawatan perubatan secara Islam untuk merawat beliau. Kaedah penguasaan rohani dilakukan. Orang yang telah "ditidurkan" diminta untuk pergi ke rumah pensyarah berkenaan. Arahan memberi salam dan meminta jin tersebut keluar dilakukan, namun jin Islam ini masih berdegil serta mempertahankan kebenaran dipihaknya kerana pensyarah berkenaan yang dikatakan bersalah kerana telah menceroboh tempat tinggalnya.
Akhirnya pakar ini cuba mendapatkan khidmat 6 jin jambul daripada Sarawak untuk mengeluarkan jin Islam dari tubuh pensyarah ini. Jin Islam ini mengalah dan setuju keluar. Akan tetapi pakar perubatan ini mengatakan janji jin ini boleh dipakai untuk 3 hari sahaja. mereka mungkin akan datang kembali. Memang benar, rawatan ini juga tidak dapat pulih sepenuhnya. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian pensyarah ini kelihatan datang semula ke tempat kerja serta kelihatan telah pulih sepenuhnya. Beliau telah dapat menyambung tugasnya seperti biasa hingga bersara.
Kepada pembaca sekalian percayalah bahawa disekitar kitar terdapat beberapa jenis lagi makhluk Allah yang hidup. Kita jangan bertindak sewenangnya, apatah lagi bersikap takbur. Bagaimana pun apa yang berlaku adalah kehendak Allah jua, untuk menguji dan mendidik hambaNya. Dalam kaedah rawatan tiada siapa yang dikatakan terhandal, yang handal hanyalah Allah swt.
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَآدَّ لِفَضْلِهِ يُصَيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (SurahYunus: ayat 107).
3 ulasan:
wah memang menarik...
terima kasih mr edz. semoga yg baik jaik jadi pedoman dan yg tak baik jadi sempadan.
Dah asam garam dgn benda2 gini
Catat Ulasan